Monday, August 10, 2009

cuti...cuti..

cuti...cuti..

students je cuti..staf kene keje ye..hai, bersemangat sggh nak bercuti..siap diawalkan dr schedule asal lagi...padan la muka kami2 yg kene wat kelas ganti..haih...xpe la...demi kesihatan n keselamatan sume org...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan Universiti telah bersetuju Cuti Pertengahan Semester bagi Semester Pertama Sesi 2009/2010 yang sepatutnya bermula pada 17 Ogos 2009 sehingga 23 Ogos 2009 mengikut kalendar Akademik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah diawalkan bermula pada 12 Ogos 2009 (Hari Rabu) sehingga 23 Ogos 2009 (Hari Ahad).  Ini bermakna Cuti Pertengahan Semester diawalkan 3 (tiga) hari daripada jadual asal dan kuliah akan digantikan selepas Cuti Pertengahan Semester ini.



2.       Mempercepatkan Cuti Pertengahan Semester ini adalah sebagai langkah untuk membendung dan mengawal penularan virus selsema babi (HIN1) di Universiti ini.



Sekian untuk makluman dan perhatian semua staf dan mahasiswa/i.  Terima kasih.



ally: gue ada masa untuk settle kan prosedur2 cuti blaja..chaiyok2..







0 comments:

Post a Comment