Wednesday, April 29, 2009

ayat kursi

semak2 entri kat emel...lama x buka. dah melambak2 dah. so, juz want to share something here.AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu

eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda

sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

15 biji

semalam x g kampus pon. meghabiskan masa seharian teman mak g folw up check up kat HSI. appointment suppose kul 9. tp sebab silap tgk masa, kene la tunggu lama. biasala spital kerajaan ni. menunggu tu mmg 1 kebiasaan. even kaunter reg ada 10, tp yg bukenya berapa kerat je pon. staff nye pon lagi sibuk berborak. xpe, ak paham. manusia mmg cam tu..kat 2 jam tunggu nak reg kat kaunter utama. semata2 utk key in nama je. pastu gi kat onkology department lak. mcm biasa amik no lagi..tunggu lagi. disebabkan lama lagi turn mak, jd kami g la mkn. abah n aca pon mkn lg sekali. dashat, g spital je mkn sampai 2 kali. kaya owner kafe ni.

then, terjumpe ngan mak usu lak. dia dtg sesorg je. mcm biasa gak. mak usu pon ada appointment radiotherapy treatment. n check up gak utk ketumbuhan kat leher dia tu. kesian tgk dia. pdn la mata merah je. doc amik specimen cecair kat leher dia nak wat analysis. tkt kanser pulak. setakat ni sume mak sedara ak ada sakit, kecuali mak teh la. yg lain2 mmg dah kene. seram pulak ak. mudah2an, kami dijauhkan lah dr penyakit2 ni.

turn mak kat kol 2 ptg. check up bukan lama pon. sekejap je. itupon bnyk tny ak je. mak mkn ubat ape, bl turn radiotherapy, dah dpt ubat yg kene mkn selama 5 thn ke x, dah dpt vitamin…….(ak x igt namanye ape) n mcm2 lagi la. ade la dalam 5 min je check up tu. then kene g farmasi lak,(amik no lagi..biasala tu..). tunggu lagi. abah n aca dah p dok luar dah. hehe..abah kan suke berborak, g cari mangsa la tu..

masa amik ubat mak lak: punya la terkezut ak n mak tgk kuantiti ubat tu. sume ada 450 biji..mmg sepenuh2nya la ubat tu..byk sungguh. makan 5 biji, 3 kali sehari. means ada 15 biji mak kene makan. itu belum ditambah ubat2 dr spital BP. adoi. byk nye. nak suh mkn 3 biji pon pyh, apetah lg 15 biji ni. mak kt knyg mkn ubat je. cian mak. sume tu kene abiskan b4 appointment 29/05 ni nt. emmmm…mcm2..pharmasist tu pon mcm x sampai ati je nak bgtau kene mkn 15 biji dlm 1 hari..xpe la..akan ku paksa mak mkn. ak ni kalau jd nurse dah bole sgt dah. nurse kat kasar2, nmpk je mk lembut..nak tau knp? sebab klu mereka lembut2 + lembik2, patient2 sume x nak mkn ubat..tp ak pnh la gak tgr 1 nurse ni..mmg la kene rough, tp budi bhasa pon kene la jg. x elok seorg nurse tu ckp ‘mati lg senang’…mmg kene sembur ngan ak. mmg la bukan kene kat mak ak, tp kene kat 1 patient ni. indian, pakai tongkat n golongan berusia. mmg xpatut ckp ca tu. so, bukan nak cmpr hal org, tp yg salah, ttp harus ditegur. ak pon wat report kat staff nurse. ade saksi tau. ak,mak n other patient yg terkejut ngan sikap ‘bagus’ that nurse.

ha amik ko..tau x kalau kite ni (especiallly those involve in medical unit) berbudi bhasa pd pesakit terutamanya membawa ganjaran keberkatan pd diri kita.. insyaAllah, hidup x akan di sumpah seranah (even dlm hati). itu yg kdg2 nurse mahupon sape2 pon terlepas pandang..sentiasa la beringat..

ally thought: ak yg semakin cerewat atau sikap yg semakin mendewasakan ak?