Wednesday, November 25, 2009

raya di phg

untuk semua sahabat2 and student2 ku (of coz yg muslim):

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA..

dokan kami sekeluarga selamat pergi dan pulang..hehe..1st time merayakannya di pahang..even musim2 banjir ni..tp ni 1 peluang yg x bole di lepaskan..adik2  i susah nak dpt cuti, so, bila dha dpt cuti ni, cepat2 amik kesempatan..hehe..

tiada ape yg kuharap kan..semoga kami sekeluarga hidup bahagia..amin..=)

ally: hari ni di opis solo2..kwn2 dah cuti..hanya i cuti panjang lps raya..diorg cuti awal raya..my boss pon dah cuti..so, njoy2 dulu..hihi..nak njoy pe nya ka parit raja ni..

naik angin ngan JKLA

ni emel dari ihsan, minta pendapat pemain2 JKPI. emel yang membuatkan daku naik angin ngan JKLA. x mengenang budi betul..tu kompem si sani yg komplen tu..
salam

saya nak minta pendapat pemain2 jkpi. pada perlawanan menentukan tempat 3-4 tempoh hari pasukan jkpi1 mndapat tmpat ke3.tetapi timbul rasa tak puas hati oleh pihak lawan (jkla) karana pemain kita tak cukup (4 orang) dan kita tidak menurunkan pemain wanita. saya difahamkan oleh en.amran selaku penganjur untuk mengadakan perlawanan semula. setuju vs tak setuju?

jawapan yang kuberikan kepada ihsan
waalaikumussalam..

terserah la kalo nak wat perlawanan semula..tp bila kita pikir2 balik, kita pernah tolong JKLA masa wanita2 mereka dah balik awal..even main cuma half game sebab lepas tu kita sambung match tu esoknya..ada kita suruh diorg di terminate kan? xde kan? ingat x haslina ganti wanita2 tersebut..ade ke kita komplen2..tolong gak JKLA tu even pada saya diorg should terminate..ni nak pulak wat match semula..

terus terang saya tak setuju..sebab saya x nak main lagi..dah cukup bersabar bila wanita2 JKPI sendiri x nak bagi komitmen..x nak jadi kambing hitam lagi..hehe..even saya cume menyemakkan game tu, tapi peduli ape, yg penting saya dah bagi full komitmen..

notes:

JKPI stand 4 JABATAN KEJURUTERAAN PEMBUATAN DAN INDUSTRI-my lovely department..happy 2 b here!

JKLA stand 4 JABATAN KEJURUTERAAN LOJI DAN AUTOMOTIF-sgt bersyukur ak x masuk dept ni..even ada ura2 dulu ak ke dept ni..i hate this dept! (for the time being..hihi)


ally: kata main suka2..bila kita dah tolong diorg ni lak balasannya..lain kali jgn di tolong..

Tuesday, November 24, 2009

volley ball

ermm..tggl sorang di opis..sedey pasal kene turun game ptg ni sorg2...mcm mn nak main 2 game serentak ni? ayya..kak zaharah dah cuti..sape kah mau menggantikan tempat beliau bermain ptg ni..haih..sedey2..

yg lain2 masing2 ada hal..has nak tunang dah, xkan nak paksa2 dia g main lak..ade kang time tunang nt kepenatan. mesti la dia nak kelihatan berseri2..yg tu i fhm (haha..sebab ak dah melaluinya dah..)..irda lak x bw baju..tp ak phm la..org nak khwn ni lagi byk agenda dia nak settle kan..pon x bole nak paksa2...so, sal redha je la..yg lain tu tah la..aslinda tah bw baju ke x la..ak ni hari2 bw bj sukan..ade game ke xde ke, spare je..bole je..xtau main pon bantai je..sedangkan ak la yg plg fobia ngan bola2 nih..redha je even kene main..kene perli2 pon x pe la..ape tah lagi lebam2..biasa dah..abah gak yg tolong urut kat umah..emmm..woon yg kering tu xtau la turun ke x hari ni...semalam turun tp jd penonton je la..xpe la..x kisah la even jd penonton pon..at least kalo nak berganti pemain pon dia ada..xde la rasa macam kene paksa..hakikatnya memang terpaksa pun..x suke main bola tampar nih...x suke..

yang fadzillah lak, jgn harap la..perangai sggh menjelekkan..ak pon amik master gak..sampai kan xde progress sem ni kerana komitmen keje..dia lak senang2 je..dah la dapat teruskan master even x dapat cuti belajar lagi, dapat gaji,xde workload, xyah involve aktiviti2 sukan..teruk betul..ade gak manusia mcm ni..nmpk mcm soft spoken..tp dlm pada soft spoken tu ;a dia amik kesempatan..eeeiii..tesion tul..dah masuk dalam senarai dah minah tu..bl suh turun main game, sumenya x bole..mn adil...

aku suka keje ni..tp kdg2 x worth ngan ape yg ak dapat..tah la...nak wat master pon dah xde mud, dah xde semangat yg membuak2 mcm awal2 ak reg master dulu...hua..rasa nak berhenti master, nak apply scheme g oversea..ak layak apply..cuma nak ke x nak.. n supervisor ku bagi ke x ak berhenti master nih..hua...manyak menda nak pikir..

ok, stop, g solat la sal, salin baju sukan n turun main volley ball..kalo bdn leh bahagi 2, bole main kat 2 team..haha..chayok sal..chayok sal..



ally: berkorban demi jabatan..ade kah yg akan menghargainya?

Monday, November 23, 2009

jodoh

credit to adzlin haniza for this info..

renung2 kan...
Renungkanlah Sedalam-dalamnya...
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian
nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

ally: redha..=)

menanti cinta

terjumpa lagu ni masa tengah di landa kebosanan..

soundtrack dr filem ketika cinta bertasbih...emmmm...







ally: suka sangat..so meaningful!

hai..

salam..

waa..lama sungguh daku x mengupdate blog ni...dah kurang obses..x mac am dulu..ade je benda ak nak mengomel..hihi..sama la gak ngan game farmville ak..memula je excited..pastu dah hilang minat dah.. ri ni terjumpa 1 entry yang menarik dr blog ni: shanazul

sila la membaca ye..perbezaan man n woman during lunch hour..hihi..ada certain2 ciri yg sama dengan diri ku..
Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau


Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.. masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi. banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet.. belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk. .
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air.. sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.. kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2.. tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

ally: jarang makan lunch if dah amik heavy breakfast..i want to lose my weight!