Monday, August 31, 2009

not to late!

betapa beruntungnya di lahirkan di malaysia...

betapa beruntungnya menetap di malaysia...

kenapa?

sebab di malaysia la ak mendapat pendidikan yang boleh dikatakan sempurna (i am obsessed to learning things!)

sebab di malaysia la tiadanya pertumpahan darah yg mn jika di negara lain berlaku hampir setiap hr..

amannya malaysia..

cuma..

adanya segelintir pihak yang terlalu mengejar pangkat n kebendaan sehingga mengabaikan nilai2 murni dan persefahaman kaum..

even dulu ak belajar dlm kelompok org2 melayu tp x bermakna ak tdk bole bergaul ngan bangsa lain..

yg penting sikap tleransi dan saling menghormati...

semoga malaysia kekal aman..

amin

amin

ya Rabbal-alamin

i love this!

ally: teringat dialog ni

uncle apek: cha, bg saya rokok 14

aca: uncle mau sakit apa? kanser mulut, gangren, kanser paru2....(sebelum sempat abiskan senarai penyakit, apek dah sampuk lak)

uncle apek: ayya..u jgn ckp itu mcm la...wa xnak skt wo..

aca: pasal tu la sy tanya uncle mau sakit apa..saling beringat la uncle...

uncle apek: lu manyak baik la..lu sayang sama wa...

dialog seterusnya x dpt di ingati..harap maaf..



Friday, August 28, 2009

kebun ku

hehe...

wat pertama kalinya ak dalam hidup ni main game...

oh tidak...

ak dah x betul....

hehe..

oh tidak..

dah terjebak ngan farm ville..

ni gara2 huzai la...

ajak main game ni..

ak tukang tuai je

huzai tkg tanam..

bahagianya kalo in real life leh harvest dlm ms yg sekejap..

miracle..

ally: hebat..hebat..

Wednesday, August 26, 2009

lesu

lesu betul ri ni..tah nape tah..boring + malas..

hu...knp ni?

emmmm

ally: nak g kelas pon malas

tulang rusuk

dapat story ni dr 'u'rmine':

thanks bucuk!
kamu tulang rusukku

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).


Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan
bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.


Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.


Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat... .

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??


ally: to mak, abah, abang, kak ita, kak miza, aca, zati, ayin, syg, my future family, shazzy, linda, kak mas, dedek, anim, irma, ina,ira, irda, has, hana, n sume kwn2; I LOVE YOU!

idea..idea..

mengharapkan idea2..

oh idea..

idea..

mana dikau menghilang..

idea..

idea..

ally: nak idea camana nak kurus..haha

Monday, August 24, 2009

pakcik

emm..br lik dr clas...pastu terserempak ngan sorg pakcik yg sedang berehat bwh pokok..cian ak tgk..mugkin dia kepenatan...so, ak sj2 je tegur2 dia..tanya kabar..rsnya umo dia lagi tua dr parents ak..tp tu la, kerana mencari rezeki, sggp menggagahkan diri..mungkin dia mencari2 sesorg untuk berbual sebabnya bl ak tny kabar tu, dia dgn senang hati menjawabnya..bl tgk respon dia baik, ak pon apa lagi, join dia sekali la..hehe..join lepak2...byk gak dia tanya ak..dia igt ak students (walhal, mmg students pon cm ak ni ada byk status..hehe..) siap pesan kat ak, kalo belaja, belaja bersungguh2, kalo belerja, bekerja bersungguh2..jgn merungut2, x ikhlas nmnya..emm...ye pakcik, saya igt sume tu...=)


pastu tanpa disedari (ye ke?) ak lak menanya dia, knp x duk umah je..dia ckp, selagi bdn dia bertenaga, dia bole bekerja jd x de masalah..lagipon nak menyara anak2..oooppss..anak2? mula2 ak igt anak kecil lagi, rpnya dah beso dah..mcm ada masalah, tp ak x tanya la..cuma ak berharap agar anak2 dia sedar yg ayah mereka ni nmpk je larat bekerja tp nya hakikat yg diorg mungkin x nmpk, he's need rest...

oh tidak..ak cpt rs sedey bab2 cenggini..so, sebelum ak blah dr situ, sempat la gak menanya kan umah dia..mn tau, 1 hari nanti ak leh singgah..

ally: he should be at home...

Sunday, August 23, 2009

happy birthday irma

22 AUGUST 2009

irma,

happy...happy...happy...birthday to you!

sori la lambat wish..banyak bz la di sini..hehe..

selamat hari lahir ye..

semoga segala ape yang ko impikan akan tercapai..amin..amin...


emeralda81


ally: umo makin bertambah...hehe..semoga bertambah matang irma..hehe

Wednesday, August 19, 2009

oh tidak

emmm..

dr pagi ak dok melahu....hehe

kl 8.30 g DK 3 kene menadah telinga untuk sesi taklimat pendaftar untuk staf baru yg perkhidmatannya kurang dr setahun...

wah...sgt penat...

mau dgr ceramah2 yg bole di baca melalui pekeliling..

yg bagusnya..

bole tny pelbagai soalan yg berkaitan dgn perkhidmatan...

dan baru tau taraf  'sementara' (selagi x dpt phd masih dikira sementara ye), x diambil kira perkhidmatan untuk  kiraan pencen..so, untuk melayakkan ak (n geng) bole dpt pencen, kene la mandapatkan phd b4 33 tahun..

waaa...

tau x seksanya amik master?

ape tah lagi phd..

bole ke ak mencapai sume tu?

so, nak x nak kene la letak satu sasaran...

chayok..chayok...

ally: betulla bila diorang kata disamping merancang perjalanan karier kita, jgn lupa kan tuntutan lain..ape yg lain tu? dlm kesibukan kita mengejar karier, perhatian n tggjwb pada parents jgn la di lupa..buat yg sudah berkeluarga, tggjwb tu bertambah..di sini la perlunya kita bijak memainkan peranan..jgn sampai ada yg mkn hati...

Monday, August 17, 2009

selamat berpuasa!

alhamdulillah..seronok lak nak pose this year..knp seronok? coz tiap2 hari dapat berbuka puasa dgn family tercinta..hehe..dulu, zaman2 study, nak dpt bk pose ngan family mmg la payah..maklum la tuntutan pelajaran..

so, selamat berpuasa kepada semua kwn2..semoga beroleh keberkatan-Nya!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

juz love this

dapat dr facebook hafis (actually, not knowing who is hafis..virtual friends maybe!)

lovely & sweety

ally: lovely & sweety..mode jiwa2 until 21 syawal..haha..no regret!

Sunday, August 16, 2009

upcoming event

specially to my close friends!


we request the pleasure of the company of :


miss shazwani,


miss irmahani,


miss anim,


going to be mrs kak mas,


going to be mrs ina,


miss nana,


miss dedek n


miss ira


to share in the celebration of our engagement


on


10 OCTOBER 2009


'we would be honored if you would share this special occasion with us'


thank you



ally: hope to see all of u on my half big day!

selamat bertunang kak mas

untuk kak mas yang telah selamat melangsungkan pertunangannya pada 14 ogos 2009

selamat bertunang!...

epi


semoga selamat ke jinjang pelamin..(ewah..ayat skema..)

hehe

psst..kak mas, bila date of wedding nye? update2!

nak kene booking tarikh ni..hehe..nak g 2,2 tempat tau

congrats_on_engagement

ally: i am so happy...semoga jodoh kak mas berkekalan..amin...

Friday, August 14, 2009

UNTUK PERKONGSIAN

ALHAMDULILLAH

SGT GEMBIRA BILA JUMPA SATU INPUT YANG SGT BAIK UNTUK SEMUA

SELAMAT MENZIARAHI AL-QURAN ONLINE

PLEASE VISIT AND PASS THIS INFO GUYS!

AL-QURAN

ally: happy...semua dipermudahkan oleh-Nya

rahsia waktu solat

baru berpeluang membaca emel2 tertunggak yang lom sempat ak baca..disebabkan oleh tension nye mengisi borang2 study leave ni, so, ak memutuskan untuk merelaxkan diri..haha..actually, mmg seharian merelaxkan diri nih..ape nak wat..borg br je siap tulis, br siap tampal2 pix. tp nye CV svsr ku lom siap lg..terpaksa la daku menunda lagi penghantaran borg ini..eemmm

so, this kind of information, i got it from my dear sister, kak mas.

sila la membaca, informasi yang berguna untuk saya dan juga kamu semua..ewah..(ayat2 biasa guna dalam kelas)..

Jangan lenggahkan solat .......banyak yang kita akan kerugian...


Sesungguhnya Allah sbw amat mengasihi umatNya dan memberi banyak kelebihan kepada Muslimin Muslimat , hanya kita yang leka & lalai.


Bayangkan kalau khasiat" ini diketahui oleh orang-orang Yahudi atau Nasrani, ataupun Kafir Laknatullah!


Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim.


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .



ally: ak cuma manusia biasa

mawar merah

Subhanallah....semoga kita sentiasa beringat hendaknya...

image001

AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! GAMBAR INI
DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK
DILANGIT YG PECAH... DLM BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN
LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN
ISLAM..........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;


"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH
LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" ***


AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT
BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA
KEDUNIAAN...................PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN
AKHIRAT................... DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN....


Wassalam...

ally: ALLAH maha ESA

Wednesday, August 12, 2009

camtasia

sgt seronok...baru je balik dr training software camtasia

software yg bole membantu ak menjadikan proses P & P berjalan dengan lebih fun & exciting..haha..siap berangan nak bg virtual lecture je..sgt seronok..leh la explore2 lagi..nanti leh share2 ngan sume teman2 pendidik..sgt bgs especially untuk children..diorg pasti teruja la nak masuk clas..cm ak ni yg lom expert, dok terkial2 gak la..tp everything is just fine..pe salahnya, learning is never ending..

so, pada sape2 yg lepas surf website camtasia ni n nak softwarenya or nak notes2 nya, leh r minta kat ak..kita bole share..x rugi wo..

ally: ari nak ujan lak..kene balik ni..payung ku tertinggal di automation lab...hua..berhujan la gamaknya..

Tuesday, August 11, 2009

mood super duper happy







ally:hari ini saya dlm mood super...super..super...duper happy..having a great conversation with my wasim..many thanks!

Monday, August 10, 2009

oh student ku

ri ni memang silent lecture..haha...ye la, sekarang ni semua org berisiko untuk dijankiti H1N1. ak pon x terkecuali la...emmmm...sgt penat ri ni, tulis2 nota, explain dgn suara yg agak kuat sebabnya bermask. haih, igt nak wat silent lec, tp nye semua nya x phm..kene la gak explain..pastu dapat tau, sorg student international ni kene kuarantin. n dia sudah di sahkan meghidapi H1N1..padan la dah 1 week x masuk kelas. patutnya pihak penurusan inform le kat ak. kampus ni pon bukan beso mn. kompem nye la leh gtau. melalui emel pon xpe. ni x, ak dok tertanya2 je..n ada sorang lagi, si K ni. masuk lambat..jwpn kwn2 'on the way'. asyik 'on the way' je, jauh beno perjalanan dia nak pi kelas. pastu tah bl tah masuknya, tetiba je dah ada si K ni. ke ak ni yg khusyuk sgt membebel bla bla kat depan sampai x perasan dia masuk?

hehe...maybe..so, berkenaan dgn H1N1 ni, ak harap tiada kwn2 rapat mahupun family2 ku yang terkena. riso beb...angka kematian pon makin meningkat..jd wajar la kita take precaution...

sempat gak la pesan kat depa2 ni supaya sentiasa menjaga kebersihan diri, pakai mask n x lupa tawakal kepada Allah..

semoga kita akan sentiasa dilindungi..mudah-mudahan..

semoga students2 ku (grup PLC n EP) yg di kuarantin itu akan cepat recover..aminnnnn

ally: wanna to meet you guys on our nex classes

from some1

rose

Sweet things are easy 2 buy,
But sweet people are difficult to find.
Life ends when u stop dreaming,

hope ends when u stop believing,
Love ends when u stop caring,
Friendship ends when u stop sharing.
So share this with whom ever u

consider a friend.



To love without condition...
To talk without intention...
To give without reason...
And to care without expectation. .

..is the heart of a true Friend..

ally: thanks my dear wasim...hehe

cuti...cuti..

cuti...cuti..

students je cuti..staf kene keje ye..hai, bersemangat sggh nak bercuti..siap diawalkan dr schedule asal lagi...padan la muka kami2 yg kene wat kelas ganti..haih...xpe la...demi kesihatan n keselamatan sume org...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan Universiti telah bersetuju Cuti Pertengahan Semester bagi Semester Pertama Sesi 2009/2010 yang sepatutnya bermula pada 17 Ogos 2009 sehingga 23 Ogos 2009 mengikut kalendar Akademik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah diawalkan bermula pada 12 Ogos 2009 (Hari Rabu) sehingga 23 Ogos 2009 (Hari Ahad).  Ini bermakna Cuti Pertengahan Semester diawalkan 3 (tiga) hari daripada jadual asal dan kuliah akan digantikan selepas Cuti Pertengahan Semester ini.



2.       Mempercepatkan Cuti Pertengahan Semester ini adalah sebagai langkah untuk membendung dan mengawal penularan virus selsema babi (HIN1) di Universiti ini.



Sekian untuk makluman dan perhatian semua staf dan mahasiswa/i.  Terima kasih.



ally: gue ada masa untuk settle kan prosedur2 cuti blaja..chaiyok2..







Saturday, August 8, 2009

upin+ipin

untung nya jadi ayin...

sempena besday dia ak belikan set beg sekolah jenama upin & ipin..agak mahal sebab yang ori..

tp puas hati ngan kualitinya..

harap2 dia suka

hehe

aca pon terbekenan ngan beg tu.

hehe

ally: kene belikan untuk CT jg ni...cian dia...

Friday, August 7, 2009

masuk ward

semalam, hari yang sgt mencabar...engine keta x leh idup...x panic la tp nye...sempat le check ape la yg x kene ngan rayyan ak ni...hua..sgt sedey, br je guna. lom puas bw dia jalan2...dah kene masuk ward...

call perodua assist, mujur la tindakan diorg cepat n efficient..so, ak xde le riso kan kesihatan rayyan..cumanya masa nak bw kete kuar dr uthm, rupanya ak kene declare kete ku kat pejabat keselamatan..sebabnya b4 ni pernah berlaku kecurian kete dgn cara mcm tu..hoho..cuak juga bl pak guard kejar2 rayyan ku itu. mujur juga ak x balik lagi. so, settle kan sume, jam 7.30 pm, rayyan selamat sampai di service center.

so, pagi2 td perodua tepon, survey cara2 pemanduan n step2 b4 pemanduan yg ak lakukan...hehe

then g melawat rayyan..haha...dr jauh nmpk bersih je..padahal dah lama ak x mandikan dia..hehe...skrg rayyan ada dlm kawasan "under special treatment-no entry"..haha..kene wat special treatment..

pegawai service dr muar siap dtg lagi nak tgk ape la yg x kene ngan rayyan ak ni..haih..harap2 bukan salah ak..yg penting rayyan ada masalah ngan wayar bateri n carburetor? hua..byk nye probs dia...ciannya...

kene tahan lama ke kat ward nih?


hehe..haih, xpe2 yg penting rayyan sihat..

ally: patah kaki..

Thursday, August 6, 2009

the masked lecturer

ri ni dapat mask..amik d pigeon hole...disebabkan semalam kuar berita kematian budak berusia 6 thn, hari ni kebanyakan warga uthm mula memakai mask..especially pregnants women..

ak pula bila pakai mask tu rs rimas sgt..camane nk mengajar ni..sore berdengung2..hehe..

so, ak mengambil inisiatif untuk membiarkan sahaja..

bukan x nak pakai mask, mmg pakai tp bukan dlm kelas..

n ak pon x pegi ke tempat2 crowd..

semoga penyebaran penyakit ini akan berakhir..

bimbang juga kalo2 sume org panik nt..

n di maklumkan yg dah ade yg kene kuarantin kat sini..

cumanya, kes isolation je..

hope xde ape yg serius..

amin..amin...

ally: dah sakit kepala ni. dr kul 1 pagi lom tdo lagi ni...ape nak wat, kene wat review paper lak..oooh...cabaran...

Wednesday, August 5, 2009

ngantuk je ri ni

hujan lak petang2 ni..ak pon ngantuk je..sempat la take a nap jap. pastu g baca journal2..ak tau dah nape ku ngantuk..sebabnya kene bc journal2 yg menimbun..hoho...sgt memenatkan..cian 2 biji mata ku ini..

ngah tunggu nana dtg,nak ajak dia g kafe teman minum kopi..haha..angan2...plus mkn popia otak2 yg sggh sedap...

kopi...sedap..

yummmy..

tapi x mau jd cenggini...overdose kopi..haha

mata bulat


ally: waiting for dr yusri to confirm meeting tomorrow...

Tuesday, August 4, 2009

denyut2...

sgt tensen...

pagi2 masuk opis, air cond rosak...

bila buka tingkap, asyik dengar deruan2 motor student2..igt ni bengkel motor ke...dok pressing je..ak lak yg stress..

kalo ttp tgkap, panas...

huaaaa..

dugaan betul la..

berdenyut2 kepala ak..

then dr saidin msg suh amik nota2 RP kat bilik PA dr yusri...

huaaa...

byk nya...

bl ak nak baca sume nih...

amik spongebob la..

baring2..sambil..baca2..sambil2....tido..haha

good idea..

come on..

ally: hari yang penuh ngan ragam2 manusia..

Monday, August 3, 2009

kene kerja la

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


3 Julai, 2009



PEKELILING PENGURUSAN BIL.25/2009

HARI SABTU DAN AHAD BEKERJA


SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-8


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti akan menganjurkan Majlis Konvokesyen ke-8 pada 8,9 dan 10 Ogos 2009 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


2.       Untuk memastikan kelancaran dan kemeriahan Majlis Konvokesyen ke-8  pada kali ini, pihak Pengurusan telah bersetuju memutuskan bahawa hari Sabtu dan Ahad, 8 dan 9 Ogos 2009 adalah merupakan hari bekerja rasmi untuk semua staf.   Oleh itu kehadiran bekerja perlu direkodkan di mesin pengimbas kad matriz seperti hari bekerja biasa.  Permohonan cuti rehat pada 8, 9 dan 10 Ogos hádala dibekukan melainkan atas sebab-sebab yang betul-betul tidak dapat dielakkan.


3.       Atas pelaksanaan peraturan ini, pihak Universiti juga telah bersetuju bahawa tuan/puan dibenarkan untuk mengambil dua (2) hari sahaja cuti gantian tertakluk kepada kelulusan ketua PTj masing-masing.


4.       Sila ambil maklum bahawa mana-mana staf yang didapati tidak hadir bertugas pada hari berkenaan hendaklah memberi surat tunjuk sebab di atas ketidakhadiran tersebut.  Sekiranya alasan yang diberikan itu tidak munasabah dalam pandangan pihak pengurusan, tindakan boleh diambil mengikut peraturan sedia ada..


Harap maklum.  Sekian, terima kasih.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar,


SULAM BIN HAMID


Pendaftar


7100



ally: nasib badan...keje kuat..hehe

doa H1N1

disebabkan semakin banyak kematian di catatkan, sedikit sebanyak merisaukan ak...setiap hari membaca, menonton dan mendengar2 berita H1N1, ak terfikir, ini sesuatu yang serius. so guys, please take care your self. once you have all the symptoms2, go n check to the nearest health center...

semoga kita sentiasa selamat. selain menjaga kesihatan, tidak lupa juga memohon kepada Allah agar kita di jauhi dari segala penyakit...mudah-mudahan dengan izin-Nya, kita di lindungi..amin...amin...

doa

ally: thanks to azham, instructor engineer from JKBR  for this valuable info...