Tuesday, June 30, 2009

tdo?

ri ni pagi2 ak dah ke blok F2. ada perjumpaan fakulti bersama student2 baru. diikuti ngan perjumpaan ngan PA...bla..bla...bla..abis lambat gak taklimat fakulti tu..jenuh telinga ak ni mendengar. x sempat breakfast lagi ni..perut ku meraung2..haha..dah terbiasa b/fast sekarang ni..good routine..anak2 PA ak lak tertinggal sorang. x dtg pon. tah pi mana tah. ak lak yg riso. sebab sume material2 utk diorang reg subjek ko ade kat ak ni. haih...mn nak cari

but then. kol 5 td dia tepon. itupon selepas miscall ak 3 kali. takut kot..nak takut ape. dak2 lain td pon suppose panggil ak cik, ni panggil kakak. sampai timb dekan terdengar diorg pggl ak kakak, kene tegur..hehe..baik lah..anak2, sila lah panggil saya cik liyana (calling name given by prof imran)

kejadian 5 petang

si polan: assalammualaikum cik

saya: w'salam.sape ni?

si polan: saya...saya...

saya: saya..saya...r u having a name?

si polan: saya sha........, cik PA saya

saya: oooo..awak...knp x datang td?


si polan: saya tertido cik..

saya: ape? tdo? awak ni..mcm mn awak nak reg ko esok? borang pada saya ni.

si polan: saya ada borang tu.

saya: tapikan ada signature saya. esok awak kene submit kat fac lepas reg subjek.

si polan: ooo..gitu ek cik.

saya: ye la..kata dah ada borang. awak perap ke borang tu..

si polan: cik free x pagi esok? saya nak jumpe bole? dalam kol 9.

saya: pagi b4 kol 9 saya free. afterwards, saya ada clas.

si polan: ok cik. saya pastikan saya bangun awal esk.

saya: blaja bertanggungjawab pada diri awak sendiri. this is for your future. xde mak nak kejutkan awak bgn tido. be responsible.

si polan: baik cik. bilik cik kat mana?


saya: blok D1-209

si polan: kat mn tu cik

saya: kat sebelah masjid.

si polan: ooo...dekat je..ok lah cik. jumpe esok pagi. terima kasih cik

saya: welcome.




ally: x kira siape pon kite, please be responsible n respect yourself..




Wednesday, June 24, 2009

meluangkan masa

parah betul otak ak ri ni...banyak keje sampai sume keje ak biarkan je..haha...otai2..

stress betul ak hari ni

stress_dont_suffer

nak wat camne, pagi2 je dapat emel dr kak fazrina pasal nak minta balik fail2 PA. gilo apo...bl masa lak ak ni di lantik jd PA. n bila masa lak ak ada file2 tu..bl g tny dia, rupanya jumaat lepas ade meeting pasal PA (PA is stand for penasihat akademik)..mampus, ak xtau langsung..tp mmg ak x dpt any information pon pasal hal ni..sabo je le. tup2 bile g tgk pigeon hole td, ade surat perlantikan tu..oo...baru letak ye surat ni? xpatut...xpatut...so, kene lah ak wat appointment ngan en shazarel nak dapatkan maklumat pasal pengurusan PA ni. sebabnya PA ni 1 fungsi yg sgt besar di sini. ape2 yg student nak wat kat sini, kene dapatkan pelepasan dr PA. dr segi pendaftarn subjek sampaila ade masalah2, sume kene dapatkan kelulusan PA sebelom leh forward pada fakulti. 1 big responsibility, coz kite kene pastikan student reg ikut seksyen yg ditetapkan..my god, what is seksyen? ak pon x berape paham sgt sistem yg di guna pakai kat U hands on nih..tp ape pon, ak dah di paksa rela jd PA. saja nak tambah keje ak yg dah sedia banyak ni. tutor2 lain x de lak kene jd PA. y me? huaaaa......ni pon baru je dapat name list anak2 PA ak (haha...anak2 yg ramai)..total ade 30 org. gal cuma ade 3 org je..awat la ramai sgt nih. tp mujur gak ak dapat anak2 dak diploma. so, x perlu la risau pasal pemindahan jam kredit..mungkin ade yg amik sijil kot. tp ak rs ak mampu handle lagi. lebih2 kang ak ketuk je pala diorg..wahahaa...otai2..

task ak lg 1 jd penyelaras subjek amali kej tahun 2. emmm..pon byk keje gak. kene prepare taklimat utk each skills. dalam subjek ni ada 4 skill. so, nak x nak kene la pulun cr masa nak divide2 diorg ni ikut skills n seksyen (again...wth...seksyen lagi)..total student dalam subjek ni ade 174 org. ak kene prepare attendance. deal ngan diorg pasal add/drop subjek, assessment n report..huaaaa...kene g amik RPP kat pn ct. mn nak cr dia ni..hoho..ak kene ade sorg mentor yg ble guide ak..ofcoz kak rin jd mangsa..tulun..tulun....

performance ak hari ni pon menjunam..haha..jd malas..nak wat camne...i am not robot..hehe..

humanperformancecurve

di sebabkan emosi n otak ak terganggu n tergugat ri ni, ak mengambil keputusan membuat keje2 master sepanjang hari. biarkan diorang cari2 ak..haha..esok pon tgk mud gak..dah ada plan dah:

1. nak g settle pasal surat akuan sumpah-kene g matikan setem hasil di LHDN-hantar ke pej pendaftar


2. settle pasal RPP n student list ngan pn ct aminah

3. g training pneumatic n electropneumatic (ni skills yg menjadi major ak wat masa ni..ngajar dak degree lak tu...emmm..)

4. haha..nak g tgk transformer ngan my colleague..tah jd ke x lah

5. critical review research mesti submit pada svsr ak b4 friday nanti

harap2 sume nya terlaksana...dgn izin ALLAH tentunya..

ally: g buang masa dengar taklimat insurans prudentalBSN takaful pagi2 td..tujuannya nak membina network ngan staf2 lain..bukan nak beli polisi tu..he..kantoi..

Tuesday, June 23, 2009

kedatangan rejab

emel ni ak dapat dr dayah. kenalan  di sini..hehe..semoga info ini dapat dipanjang2kan utk kebaikkan semua..

BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a..s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p/s: Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati


InsyaAllah.. mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

ally: harap2 ak dapat melaksanakannya dengan sempurna..amin...amin..

update: utk IRA..x dapat umah sewa lagi ek? xpe, leh usaha lagi..jgn tensen2..ni baru permulaan dugaan utk ko. pas ni, lebih byk lagi tau...yg penting jg kesihatan..hehe...not only the physical but also yr emotion..gud luck..n welcome to the young lecturer club..dedek presidentnya..hehe

Monday, June 22, 2009

teman

a friend loves at all times

my dear fren, shazzy baru balik dari beijing last nite. subuh td sampai penang. semoga dia diberi kesihatan yang baik. bukannya ape, riso gak. sekarang ni ngah hangat ngan H1N1. hope dia selamat n mengambil langkah2 pencegahan. emmm..

Forever_Friends


my colleague & juga my roomates & geng lepak2 saat ini adalah, irda n hana..kami sama2 lapor diri last week. kebetulan opis bersebelahan n ak sebilik ngan irda. x byk yang leh describe pasal diorg since baru je kenal. tp sgt menghiburkan n 'masuk'..hehe...both of them were so kindly heart. thank god..=)

memula ak riso gak. takut2, x leh masuk ngan diorg ni. tp sebenarnya ok je. biasala...mula2 bersahabat, pasti ada rasa kekok. tp i'm sure, everything will juz b fine later on.

hana, muda 2 yr dari kami (ak n irda sebaya). produced by UiTM gak. cume amik course textiles. dia masuk ke fkmp ni pon sebab secara kebetulan fkmp ada elektif subjek for textile. wah, kagum gak ngan dia. textile in mechanical eng..hehe..memula, dia agak pening la. dia xde basic meky then kene ajar hydraulic..hehe..takpe2..senang je tu..u can do it dear.

irda, product unimas (dulu ak konfius, unimas stand for what, i thought its uni m'sia sabah, rpnye, uni m'sia srwk)..mmg amik meky pembuatan. so, xde masalah la. sama je mcm ak. dia dah keje 2 yr ngan sharp. kontrak 2 yr. ssh juga nak dpt tetap kat sharp ek. dia kata lama dia pk pasal nak sambung blaja ni. nak dptkan solid decision tu mmg payah la. sama gak cam ak. oh ya, kami berkongsi bulan kelahiran yang sama.

stop cerita pasal diorg..leh update lain kali coz kami bnyk lg masa bersama..

td sempat ym ngan nana.. ak x jupe lagi umah sewa utk nana n frens. diorg bertiga, so kalo bole nak duk sekali. senang ckit nak wat keje ke nt. ak ade tny nana, parents dia x kata ape ke dia nak keje RA kat sini. nana ckp, so far mmg diorg nak nana jd lec. so, dr segi tu xde masalah. nana RA dr anika, research pasal polimer..keje dia nt dok kat lab je la. lab kimia..emmm..kat mn ek lab tu..nak p survey la nt. kalo la, dkt ngan opis ak, alangkah bahagia nya..act, ak rs seronok sgt dia jd RA kat sini. at last, ade gak kwn yg pnh knl lama ngan ak. semoga kami have fun nanti..

oh ya, ni ade few tips pada sape2 yang nak apply jadi RA (biasa guna pakai di UTHM, ak x pasti other u cam mana):


  • make research first...research U, bidang2 n of coz lecturer nya

  • bl dah dapat n berkenan ngan tajuk2 research tu, wat la formal letter menyatakan hasrat hati ingin menjadi RA, then emel je ke lecturer terlibat, attach kan sekali resume n kalo bole nyatakan sekali tajuk2 FYP degree & diploma (if igt lagi la tajuknya)

  • pertemuan pertama bersama bakal bos..lecturer adalah ketua penyelidik research tu, so bole di panggil bos kite la.. make sure tny sume2 yang perlu..berkenaan research, gaji n kemudahan2

  • paling penting adalah komitmen kita-nak wat research ni, perlu kan komitmen, sape2 yg rasa x leh nak bg komitmen, sila la berundur..hehe


hmm..setakat ni..tu je la yg dpt ak rumeskan dr pengalaman RA2 ni. maklum la, dulu duduk ngan RA kat tech transfer unit. so, sedikit sebanyak, kami berkgsi cerita.

kepada kawan2, semoga kita sama2 berjaya capai ape yang kita nak..amin

ally: x sabo nak tunggu launch date airbus (x igt no nye) di uthm 27 june ini..


Friday, June 19, 2009

bukan senang

emm...bukan senang nak mengajar n dalam masa sama belajar. tuntutan masa yg sgt2 kritikal. br abis planning bab 1 robotik..hoho...x sangka kat sini, robotik jadi 1 subjek. dulu kat uitm digabungkan robotik n automation. kat sini differ lak. hoho...ada byk lagi kene stdy. lom masuk bab2 dynamic lagi nih..saja cari pasal tol. xpe la, ni kan satu cabaran utk ak.
LET'S SCORE, DON'T GIVE UP

So, nex week akan menjadi minggu yang panjang n letih..believe me! mana tak nye, itula kritikal week. nak g training electrohydraulic n electropneumatic, di samping trainin PLC n robotik...wah2, uthm ni xtau ke ak ni dah la ngah stdy lagi, pastu bg kredit lecture yg bnyk. adoi..mcm mn nk handle nih..emmm...sabo..sabo..

bukan senang nak mengajar ni ye..dulu, rs cam respect giler kat lec2 yg berjaya jd lec fevret..haha..bole ke ak jd cam tu? semangat nih..ni first time ajar subjek2 ni, so harap2 sume akan dapat 'ape' yg ak cuba samapaikan nanti..hehe..can't wait for it...

oh ya, semalam masuk meeting fakulti. giler punya happening meeting ni. of course la di sebabkan oleh dekan yang frenly nih. berkali2 mengingatkan kan kami warga2 FKMP ni bersikap telus, jujur, amanah n mesra...smiley faces shuld be on me afterwards..mcm x pcy je. ak kan muka serius.=)

ada 2 berita baik yang ak x saba2 nak tunggu; first ketibaan pesawat airbus (prototype je kot, xkan yg bw penumpang tu..mn lak nak parking kat uthm nih), kompleks biodiesel n komplek aeronautik..wah, mmg x sabar nak menjadi salah seorang penyumbang tenaga kepada pembentukan program2 baru yang akan menggunakan kemudahan2 tu. even, dr dekan kata, uthm ni ssh nak diberi perhatian oleh KPT sejak ada universiti apex ni. segala keperluan u apex ni perlu di utamakan..bole cenggitu lak ek?

dlm meeting tu pon ada sebut pasal usul mentor-mentee. yg pada ak sgt2 menarik.. cume umtuk dilaksanakan tu memerlukan komitmen yg tinggi..terserah kepada tuan punya badan lec2 muda ni. sanggup ke x sanggup nak join research2 grup. mcm ak ni dah masuk 2 research grup..yg pada akhirnya akan membuatkan kita stress kalau malas..hehe

pengajarannya dalam ape2 kerja pon,niat tu penting. jadi dari situ la kita dapat mendisiplinkan diri kita bl buat satu2 perkara.

ally: kadangkala bila kita rasa penat n jemu wat something, try to relax n jalan2..hehe...that is what i'm doing..

Wednesday, June 17, 2009

17 Jun 2009....hadiah dari hati

happy besday saliana! -credit to mak, abah, aca, zati, ayin, kak ita, abang, 'u'rmine', dedek, ira,nana, faiz nur, pee, kak diana n my colleague..

sedey sebab shazzy x dpt wish-dah sampai beijing dah dia..semoga dia sentiasa selamat & sihat...amin

update terbaru: hehe..shazzy wish la. tp thru msg yg lmbat sampai. maybe, changing in timing zone..n also dari blog dia...klik sini

hari ni genap umo ak, 25 tahun...wah mcm x pcy. dah masuk suku abad dah ak ni..emmm...seronok juga..tp bl pk2 balik, ak antara yg lewat memulakan kerjaya..rezeki yg dtg ak syukuri..alhamdulillah..mcm kata mak, xpe la lambat asalkan ianya berbaloi ngan usaha ak..syukran2 punya keluarga yg memahami..alhamdulillah..

syukran juga kerana punya colleague yg best2...hari ni berkenalan ngan kak rin, kak zahara..yg sudi membantu ak memilih subjek2 yg bakal di ajar. meskipon kata mereka, 'sal tentu xde ape2 masalah nak ajar subjek2 ni', ye mmg xde masalah, cumenya ak sedar kemampuan diri. hehe..bukan seorang yg bijak pandai, tp ak adalah seorang yg cukup kuat menyahut cabaran. walau kdg2 lelah, tp ak yakin ak mampu mengatasinya.

insya'Allah, ak cuba manage ms ak...n bersikap lebih matang. almaklomlah, umo pon dah 25. x molek la bersikap childish sedangkan ak berada dlm bidang yg memerlukan kematangan diri & rasional. semoga para sahabat yang bakal menimba ilmu robotik, PLC & autmation dapat belajar ngan penuh daya upaya..

timetable x kluar lagi. hopefully dapat cepat so ak leh la manage masa ak utk masuk lab, ke USM kelantan (my third home..hehe), supervise student2 final projek (@ PSM-projek sarjana muda) and aktiviti2 family...

mlm ni kene buka buku balik n prepare learning plan.

esok bakal menjadi hari yg panjang..

bersabarlah..

berdoalah..

agar ak mampu mengatasi sume masalah...

ally: teringat ape kak wahedah ckp semalam, menjadi warga akademik di sini memerlukan 'future plan' yg bagus..sebab, learning is never ending...tersirat & tersurat..

Sunday, June 14, 2009

15 june 2009

alhamdulillah..akhirnya ak mempunyai keputusan yang muktamad..alhamdulillah..semoga keputusan yang ak buat ini memberi kebaikkan kepada semua pihak. bukan mudah nak buat decision ni. thanks a lot kepada pihak2 yang sudi memberi kan pandangan n pendapat. walaupun secara mutlaknya, semua keputusan itu atas pilihan ak sendiri..semoga yang terbaik untukku..amin..

hari ni bz ckit,pagi2 td g wat medical checkup. sempat gak la ak meneroka PKU (pusat kesihatan Universiti)..mmg complete la PKU ni. n x sangka lak medical check up nye $85. oleh kerana ak dah wat x-ray dulu, so le la guna je. jimat $35..hehe..n ak g pejabat pos utk hantar reply pasal TPM tu. rs syg sebenarnya let go that offer. tp kalo ade rezeki ak di masa hadapan, ak bakal kembali ke uitm. buat ms sekarang, biarlah ak mencari pengalaman di sini. mn tau improvement yang ak nak, ak bole dapat di sini, di uthm...amin..amin...

then, settle akaun bank muamalat kat cawangan kampus. photocopy sume requirements yg diorg nak. walamak, berdebar2 lak ak. x tau la nape. padahal nak lapor diri secara rasmi je. hehe...excited pon ada..semoga urusan2 ak esok, flow dgn lancarnya..=)

ally: menjadi warga pendidik akhirnya ak..cikgu?laoshi?teacher?instruktor? tutor?lecturer?...mn2 pon tugasnya sama..hope to be great academician..amin






Wednesday, June 10, 2009

i am deserve it

ni nak update pix2 time knvo ak yg lepas.

hari bersejarah la buat ak bcoz ni la 1st time parents ak datang..dulu masa dip cume mak n aca je yg dtg. tp kali ni really fun..even abg, kak ita n zati xikut, tp kemeriahan tu diserikan lagi ngan kehadiran shazzy, kak mas n 'u'rmine'.hmmm..betul2 seronok,even x la berpix byk2 coz camera tetiba rosak lak..ape nak wat..kene la tunggu konvo master ku pulak. hehe..

n i given surprise to my parents. ak x bgtau pon yg ak dpt 1st class. so, mak n abah terharu la ngan usaha ak ni. cume ak ralat sikit sebab x dpt capai ANC yg ak idam2kan tu..bukan rezeki ak la gak nya..kot2 rezeki ak cuma stakat dpt 1st class tu. x pelah, yg penting ngan usaha ak selama ni, i am deserve for it.

my everything...

we are happy

kak mas, me, shazzy

thanks for everything mak, abah,siblings, frens, 'u'rmine', uitm staff and most of all to the lecturer..

wishing me luck...=)

n wishing me to b great academician in the near future..amin..

ally: semoga ape yg ak buat ini ada kebaikkan untuk semua orang..

Monday, June 8, 2009

shazwani binti mohd ismail

Siapakah dia ni? Hehe..of course la 1 of my very best friend…someone yg ak knl dr diploma lagi. Almost 7 years right? Hui..lama tuh..


Ni le kwn terbaik ak from different faculty. Masa tu kenal coz kawan atas kawan. Ak rs first2 time ak jupe dia time registration dip di uitm penang. Masa tu uitm penang masih di bangunan sekolah. Ak cam dia coz lan (khairul azlan)ada nak pinjam liquid paper dari dia. Masa ni muka dia Ya Allah, seram ak nak tegur. Stern..hehe..


shazzy


Org kata x kenal maka x cinta..hehe..disebabkan ak berkawan ngan anim yg juga merupakan dak letrik, maka secara tidak sengajanya kami berkenlan n berkawan sehingga kini,


Banyak sgt kenangan manis n pahit bersama. Kerana dia gak ak involve ngan aktiviti2 motivasi anjuran kelab IKRAM. Kelab yang menyatukan semangat setiakawan diantara ahli nya.


Bercerita mengenai shazzy ni mmg x kan abih la. She is very caring, very understanding, very sporting, very giler2 (yg ni ak pon ikut perangai dia gak..haha..padahal ak ni pemalu orgnya..perasaan sggh ak ni), very lovely, very d laser...ape lagi ek yg leh describe dia ni?


Haaaa...1 lagi, ni paling penting ni...very manja..=)


Ada beberapa perkara yang ak igt pasal shazzy ni. Rsnya geng2 mafia sume tau.hehe.




  • Sgt suke Garfield…kat umah dia byk koleksi2 garfield ni..patung, bantal, cadar, selimut…etc..even layout frenster dia pon amik si kucing tu.

  • Sgt suke mengambil gambo n bergambo..ada je yg dia ni nak amik gambo..x penah penat n jemu..

  • Suke wat iklan colgate..hehe..

  • Sgt2 suke jln laju..ni mmg habit dia..kadang tu mmg x terkejar la

  • Tgn mengeletar..yg ni ak perasan time dia hold something..mesti macam mengeletar..xtau la knp..

  • Sgt manja ngan Ba dia

  • Kawan2 di uitm adalah kawan2 melayu dia yg pertama. Kwn2 zaman sek dulu sume nya non-malay

  • Dulu x pakai tudung..sekarang, alhamdulillah, she’s better person now

  • Rajin g tgk wayang..tp ak x pnh lagi g tgk wyg ngan dia. Bila la berpeluang nih

  • Sgt alert ngan tarikh2 penting..misalnya besday, aktiviti2 ikram

  • Mempunyai Meja study yg penuh sesak..segala macam di letak d meja study nya

  • Seorang yg menghargai pemberian org lain

  • Cepat suke pada org yg comel2 ( muka sedap di pandang..hehe.ni pada pandangan ak la) n berperangai baik

  • Sgt pandai masak gulai udang (ak paling suke…yummy…yummmy)

  • Suke kumpul resit2 pembelian utk di claim pada Ba dia. Tp bkan sume resit la..hehe..

  • Suke SMS time driving..yg ni mmg ak x berkenan sggh..bahaya2

  • Pnh tertido time drive..ada la pengalaman ngan shaz ni…hehe…bahaya2..rest dulu la babe if dah ngantuk sgt nak drive

  • X kedekut..mmg selalu igt pada kwn2 n adik2 nya


Wah...ada byk lagi la sebenarnya..cume x tertulis je..



to shazzy: Thank you so much ya..semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat..keep in touch...mmmuahhh...