Tuesday, March 30, 2010

majlis2 2010 or 2011

oooowww...xpasti nak letak entry nih kat mana..haha..samada di blog ini or the other half..tp utk kwn2 yg mengenali secara physicalnya (tah ape tah ko ni sal..ayat carca marba..hehe), sgt menghargai jikalau kalian dpt memberitahu tarikh2 penting (konvo, kahwin, tng, etc) kepada diriku..dgn semangatnya mahu menghadirinya..hehe..

graduations


engagements


weddings


setakat yg sy igt, ada gak yg dah gtau..tp lupe..haha..teruk betul memory ku..

3 April 2010-Adrian +Wahdah @ klang- both are tutor..colleague ku

4 April 2010-Azali @ bt pht-colleague juga

11 April 2010- Hafiz @ klang- cousin huzai

1 Mei 2010- Tole solemnization @ jb- cousin ku

21 Mei 2010- shazzy graduation day-dwn sri budiman

28 Mei 2010- Haslina & Syukri @ kelantan- colleague @ bestfren

30 Mei 2010- Tole reception @ bt pht- my cousin

5 Jun 2010- kak mas @ kelantan- must attend..hehe..i am the bridemaids..yiha..

5 Jun 2010- kak umi @ perak- ni x dpt la nak attend..dah g kenduri kak mas..mn sempat nak rushing g perak lak..

13 Jun 2010- adala..lom leh reveal

14 Jun 2010- same person as above & pee solemnization, tp ni kat umah zah..

15 Jun 2010- pee @ kelantan- InsyaAllah will attend..sape nak join ak nih..kene g solo2 nih..

19 Jun 2010- kak mas reception @ bt pht-ni musti gi..lgpon dkt je..tp xtau jln gak ak nih..pengapit gak ke? hehe..x kot..kak mas x ckp lak..dah ada yg jd pengapit kot ms nih

*****itu je la yg ak leh list down psl cuma ni je yg ak tau..hehe..n for sure la ak di jemput..eceh perasaan sggh..so, if ada kwn2 lain yg ak xtau n nak jemput diriku ini, sila la bgtau sy ye..

ally: mau start beli hadiah khwn byk2...tahun ni tahun meriah ngan majlis2..

Sunday, March 28, 2010

durian belanda

br baca emel2 kat FKMP inbox..n dpt info ni yg di forward oleh dr anika

mengenai durian belanda-penawar kanser..

xtau betul ke x..tp info ni sgt penting utk ak..sebagai satu usaha utk kesihatan mak, mak saudara n juga atuk...

Ya Allah, berikanla kesihatan kepada mereka2 yg ku sayang, juga kepada diriku agar ak tabah menghadapinya...amin..amin...

durian belanda



pic credit to here

Durian Belanda atau Soursop , buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
 
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah  dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan  “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!


3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
 
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! 
  
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
 
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
 
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
 
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
 
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
 
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
 
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
 
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
 
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
 
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.  Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.


ally: mungkin betul..sekarang ngah mencari info2 kesihatan berkenaan durian belanda..kebetulan, kat umah ak mmg ada tanam buah ni..

Thursday, March 25, 2010

meeting



ermm..kol 3 ada dept meeting..hish...nex week pon sama..meeting memanjang..leh x wat muka cenggini..

hehe..mau kene sound baik punya ngan bos nt..hehe...

erm...`bosan2..

tp..

nm pon keje...

ally: ada ke org suka g meeting?

Tuesday, March 23, 2010

hari ini hari rabu

g awal hari ni..niat di hati mau ke pendaftar..tp x sempat..terus g clas dulu...

chot..chet..chot..chet..bla..bla..bla...uhuk..uhuk...(sempat batuk2 lak..lom full recover nih)..

end of class...x mo wat clas lama2 pasai nak suh diorg fabricate product fr FDM n prepare presentation project diorg..hope sume ok..ni first time ak ajar rapid mfg..cuak juga beb..ajar dak fnl yr yg umonya sebaya n +- je dr umo ku..haha..cuak juga pasal presentation dibuat di hadapan otai2 RM..hua..hua...bole x ak yg cuak..diorg ni ak tgk slumber je..adoi...semoga semuanya baik2 sj..

g pendaftar nak amik surat perjanjian ct belajar..tp harap maklum ya..bilik tempat simpan doc tu berkunci..minta ak dtg ptg..knya masalah eknikal..haih..ke mls nak cr doc ak tuh..ni yg ak mls nak g pendaftar nih..mcm2 hal..so, balik ke bilik dgn tgn kosong je la..

sempat juga wat kopi radix...kat umah tu, cuma ak n abah je yg minum..yg lain kt air ni x sedap...sila tgk pic di bwh..



ya..sy membancuh air dgn menggunakan peket kopi itu sendiri..yg ku gulung2kan..sadis sggh la..ku x jumpa sudu mahupun fork..tah mn tah...rsnya hari tu ak bw byk..tah sape la yg mkn besi2 tu sume..tp, jd la..mula2 ak igt nak kacau2 guna kertas je..haha...pulak dah..

ally: hari ini mmg la hari rabu...ape ada dgn rabu?

Thursday, March 18, 2010

OMG

MOOD X BERAPE NAK ADA...

sakit tekak + batuk + selsema = demam...ntah buat kali ke berapa dlm thn ni ak demam..

hua...sedey sebab sakit..nak wat keje pon malas je..dok on9 bc2 gosip +layan FB yg sudah lama x ku jenguk + semak design budak2 ni sampai berpino2 mata ku...

emmmm...

OMG..

sgt rindu kan kwn2..ri tu g klang x sempat daku nak menyinggah..huzai sgt2 bz ngan wedding latif..daku di tinggal sendirian di umah..1mujur la ada yg meneman..`mau drive jumpa diorg, tp, tkt sesat..haha..ye, mmg takut sesat..takut ak pergi, pastu nak balik xtau jln..haru betul kalo cam tu..hehe..

sgt rindu mereka:

dedek-haha..maybe sebab byk habiskan masa dgn dia dulu, jd sgt2 la rindu kat dia...mau dgr dia merepek2....mau mengusik2 dia..sebab suke tgk dia malu2 kucing..hahaha..wah..sgt la rindu..sgt rindu juga kisah suka duka kami

shazzy-ya Allah..ini seorg lagi kwn terbaikku yg sgt2 ku rindui...gelak ketawanya...celotehnya..cerita2nya..walau ada byk kisah lucu namun yg sedey pon ada..rindu mau pillow talk ngan kamu...

pee-pun rindu gak..lama x bercontact ngan dia..1 of my bestfen..besday pon selang sehari je..rindu nak borak2 ngan dia..ni kawan 'pelindung' ku..haha..even kurus kering, tp dia la kwn yg bole diharap...bukan bermakna kwn lain (lelaki) x bole di harap. cume ak lebih selesa kot ngan pee...ceh..ayat, mcm ayat ada scandal..oh no..pee hanya seorang kwn terbaikku..

emmm..

yg lain pon rindu juga...

rindu kat kak mas, irma, ina, anim (yg lama x ku dgr khabar beritanya), ira, nana bucuk, bush, faiz, apis, bob (yg berkongsi suka duka wat final project dulu)..n ramai lagi

juga kepada ujie & linda..sahabat lama yg sdh lost contact..

emmm...

mode jiwang suda melanda..

rindu juga kat en.tng, walau baru je jumpa..

*wink..wink...wink...*

ally: mau terbang jumpa mereka semua...=(

weekend @ mersing

sabtu, 6 mac 2010

weekend la sgt..hehe..hari sabtu ak pegi mersing..abah x ikut..so, kami2 je la yg pergi...perjalanan yg mencabar if pegi lalu jln kluang-kluang-kahang-mersing..jln nya mak datukk kus semangat..penuh berliku2..hehe..walau dah byk kali juga lalu, tp ttp rs mencabar...kejenya nak membebelkan lori2 yg besau2 n laju2 belaka tu..adoi hai...doa byk2..

otw sempat singgah mkn kat kedai nih..ape tah nm gerai nih..owner nya siap tny mak lagi, kitorg dah khwn lom..dia ada ank2 bujang yg lom khwn..bole x? haha..gelak je la ak..tetiba terperasan kejap..lg2 aca..hehe..



murah je mkn kat sini..tah pakcik tu kira betu ke x la.. 1 ns lemak lauk ayam+ 3 ns ayam+ 2 teh panas +1 neslo panas=rm 12..

rezeki kami la agaknya..hehe..

sampai umah mak teh dah ramai org dah..actually cousin ku nak tng ri ni..dapat lak org sekampung..selang 2 lorong je..adoi hai..knp la cr oeg dekat2 nih..ak yg naik rimas..bukannya ape..nt kalo gaduh2 ke..dah libatkan famili..bila dekat n lg2 sekampung, byk mslh..byk dah terjadi kat family ak nih..tp x serik2 juga..dah jodoh kan..emmmmm...

ni antara hantarannya..untuk perempuan..cousin ak ni lelaki..



yg wat ak hangin 1 badan tu..tau la diorg ni kategori berjiran, tp kami ni yg saudara mara (ada yg dtg dr jauh) x di layannya..dah la masuk umah pun x disambut, salam pun xde..pastu mknan lak bole ke patut owner umah ni suh ak hidang2kan..marah sungguh la..igt ak ni tuan umah ke? ak xde la kisah sgt kalo mak cik tu ckp molek2..ni nak mengarah2 pastu sindir2 lak..B***h punya org..mmg tobat la ak nak dtg lagi..

mak pon mls je nak layan ape yg makcik tu tny2..haih..kalo la ade gambo, mmg ku publish di sini..no manners btl..disebabkan geram, ku dgn selamba badaknya sound balik..sedap punya ayat..yg plg best ak dah jaja cerita dah..biar mak teh ak tau perangai bakal besan dia tu..malang sungguh la si fad (cousin ku) ini bakal mendapat mak mentua sebegitu..

wah...wat dosa kering je..tp dlm kete mmg ak x puas2 la bebel..x hingat dunia punya membebel..haha..dpt lak mak n aca..lagi best join..hehe..tp abah x ikut masa ni..dia jd mandur..tgk org yg di upah racun semak samun di kebun..

bila cerita ngan abah..abah kata dah x payah nak ikut2 hantar rombongan diorg nt..tolong2 di umah mak teh sudah..tetiba je rs nak wat kan special air utk makcik tu ms mkn beradap..nak bg air masaaaammmmmm giler kat dia..hahaha..jahatnya ak..

ally: x salah rs nya kalau kita mengalu2kan kedtgan tetamu..bukan minta di layan bagai raja tp memadai dgn adap dan kesopanan

Wednesday, March 3, 2010

solat istikharah

entry ni di buat khas untuk dedek...yang juga konfius mode seperti ku..cuma mungkin sebabnya shj yg berbeza..

untuk info ya, solat ni bukan hanya dibuat ketika kita menghadapi masalah/kesulitan dengan hal2 berkaitan ngan jodoh..konteksnya lebih luas dari itu..so, jgn limitkan fikiran kita yg solat ni dibuat semata2 sebab jodoh..padahal sgt sesuai juga dalam hal2 lain, contohnya rezeki, masalah keluarga, masalah study (kot2 kita ada byk method, tp xtau nak guna yg mana) n macam2 lagi..

dan juga tidak ada dalil yg khusus untuk surah2 yg perlu di baca ketika solat istikharah..ape2 surah juga boleh..senang kan? =)

jgn lupe 2 rakaat sahaja ye..bole wat berulang2 kali..n don't expect kita akan mimpi (utk jawapan kepada istikharah kita)..kdg2 jawapan atau petunjuk yg Allah bagi dlm bentuk lain..ni bukan ak ckp ye..ni ak baca..pendapat2 org lagi bijak pandai..bole baca kat sini   berkaitan mimpi tidak bole dijadikan sandaran kepada jawapan yg di cari (awat berbelit2 je ayat ak nih..)

bole baca kat sini berkaitan dengan kepentingan dan waktu yang sesuai mengerjakan solat ini.

ini niat solat istikharah (seperti d entry yg lepas ya)



Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa solat istikharah



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". 

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

semua info2 berkaitan doa n niat amik dari sini

semoga perkongsian ilmu ini mendapat manfaatnya..amin..

ally: tiada istilah berputus asa..yang penting usaha kita disertai tawakal kepada Allah..

pilihan terbaik

konfius mode..

emmm...semoga diberi jawapan untuk keputusan terbaik untuk diri ku... amin...



ally: mengharap keredhaan-Nya

Tuesday, March 2, 2010

ooo...i seeee....

ooo...i..c...

giler dah ni..org sibuk nak audit..ak baru sibuk nak update fail pengajaran..haha..

nak g: colloqium no4/2010..nak bg sokongan moral kat dayah n lyena lak..chayok2..

lately sgt bz ngan nih: sesi pengauditan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 03 dan 04 Mac 2010

pastu nak bz ngan menda alah ni lak: MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 1/2010..juga on 4 mac 2010

oh ya..pastu teringin nak g sini: KURSUS MEMBUAT ROTI ANJURAN KOR SUKSIS UTHM pada 13, 20 0r 27 mac..pilih je salah 1 hari, bayaran RM80..waaa..menarik....(tgn dah la keras..de hati nak pi blaja)..hehe

selingan.....(ak yg dah ting..tong...)



x igt la amik kat mana..hehe..nak wat cenggini la..rock beb..haha..pastu kene pelempang kang..hehe

ally: life is sooooooooooooooooooooooooooooooooooooo beautiful...keje byk..tp mode happy..

Monday, March 1, 2010

happy birthday konah

konah..hehe..@ ira fazira..

besday dia 27 feb 2010..

dah terlepas nak wish..lupe sungguh2..biasanya ada reminder kat hp ku..tp biasalah ni hp cap ayam nih, suda mau expired agaknya..hehe..x bunyi la pulak reminder tu..(ke ak yg x dgr ek)..hehe..

well, ira...masuk umo 26 dah..gulp..26..alamak..mcm x pcy je mek sorg ni dah umo 26 dah..emmm...

ucapan biasa di hari lahir: selamat hari jadi mek..semoga cepat2 la kahwin..hehe

ucapan luar biasa lak: emm..ape ek..x de kot..mn la pulak nak wish2 luar biasa nya nih..

ini ira



yg ini konah..hehe..(jgn mare eh)



both picture taken from her FB

ally: ira, semoga sentiasa bahagia ya! i meant it!