Wednesday, July 29, 2009

ayat banyak cantik

Pegawai-pegawai Kanan
Ahli Senat Universiti
Profesor-profesor
Ketua Kontinjen
Semua Peserta Perarakan


Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

PERARAKAN SEMPENA PELANCARAN MAJLIS KONVOKESYEN KELAPAN UTHM 2009

Terlebih dahulu saya bagi pihak Universiti mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Y.Bhg Prof./tuan/puan/saudara/saudari kerana secara sukarela melibatkan diri dalam perarakan yang julung-julung kali diadakan bagi mempromosi UTHM dan bandar Batu Pahat sendiri.

2. Bagi melancarkan aktiviti perarakan ini, saya sangat berterima kasih sekiranya Y. Bhg. Prof./tuan/puan dapat mengambil perhatian tentang maklumat penting seperti berikut :-

i) Pengangkutan

• Bas-bas akan mengambil staf dan pelajar seperti di dalam Jadual Pergerakan Bas .
• Untuk mengelakkan kesesakan di saat akhir, diminta Y. Bhg. Prof./tuan/puan mengambil perjalanan seawal yang mungkin supaya dapat sampai lebih awal di Perkarangan Masjid Bentara Luar, Batu Pahat.
• Penumpang diminta naik mana-mana bas kecuali Kor SUKSIS yang akan dihantar terus ke Balai Polis Batu Pahat.


ii) Makanan

• Urusetia akan menyediakan makanan untuk semua peserta. Makanan akan disediakan secara bungkus di Perkarangan Masjid Bentara Luar kecuali Kumpulan Pancaragam dan Kor SUKSIS yang akan dihantar ke tempat menunggu masing-masing. Seorang akan diberi sebungkus makanan.
• Peserta diminta untuk makan malam sebelum waktu maghrib .
• Jamuan makan malam bagi Pegawai-pegawai Kanan (Kontinjen Pengurusan) akan diadakan di Hotel Landmark, Batu Pahat secara buffet.


iii) Pakaian
• Semua kontinjen sebaik-baiknya memakai pakaian yang seragam sama ada baju batik atau baju korporat. Urusetia tidak menyediakan pakaian segaram.
• Pelajar-pelajar diminta memakai pakaian batik MHS 2009. iv) Tempat Berkumpul
• Staf dan pelajar akan diturunkan dari bas di Perkarangan Masjid Bentara Luar, Batu Pahat.
• Kor SUKSIS akan berkumpul di Balai Polis Batu Pahat dan Kumpulan Pancaragam akan berkumpul di Dewan Perniagaan Cina.


v) Tempat Letak Kereta
• Staf digalakkan untuk menggunakan kenderaan awam atau bas yang disediakan untuk mengelakkan kesesakan jalanraya. Sebahagian jalan di Bandar Batu Pahat akan ditutup secara berperingkat bagi memastikan perarakan berjalan lancar.
• Tempat letak kereta staf adalah di sepanjang Jalan Ampuan dan Jalan Rahmat.
• Bas untuk menunggu pulang akan berada di Jalan Pejabat.
• Elakkan meletak kenderaan di hadapan Balai Bomba kerana Pasukan Berkuda akan ditempatkan disana. vi) Tanggungjawab Ketua Kontinjen
• Ketua Kontinjen hendaklah memastikan makanan dapat disampaikan kepada peserta dan kehadiran peserta dalam perarakan hendaklah direkodkan sebelum hari perarakan.
• Semua pegawai, staf dan pelajar diminta mematuhi arahan yang diberikan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelancaran perarakan. Sebarang maklumat, boleh hubungi En. Abd. Hamid bin Yusof di talian 013-7201206, En. Mohd. Sani bin Mohd. Sha'ari di talian 012-7696519 atau En. Yusoff bin Romli di talian 012-7854427.


3. Sekali lagi saya bagi pihak Urusetia mengucapkan terima kasih atas komitmen semua pihak yang menyertai perarakan ini. Semoga majlis ini dapat berjalan dengan lancar atas sokongan warga UTHM. Bersama-sama ini disertakan Aturcara Majlis , Kedudukan Kontinjen semasa perarakan , Laluan Perarakan dan senarai nama Ketua Kontinjen untuk makluman dan tindakan Y. Bhg. Prof./tuan/puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

ABD. HAMID BIN YUSOF
Timblan Pendaftar
Pejabat Pendaftar


ally: terpaksa la pegi umah mak teh ri ahad je..ape nak wat, di paksa rela

1 comments:

SHAZZY said...

HAHAHA.. JGN MARAH MA.. BL LG NK BBAKTI.. NGEH3!!

Post a Comment