Wednesday, March 3, 2010

solat istikharah

entry ni di buat khas untuk dedek...yang juga konfius mode seperti ku..cuma mungkin sebabnya shj yg berbeza..

untuk info ya, solat ni bukan hanya dibuat ketika kita menghadapi masalah/kesulitan dengan hal2 berkaitan ngan jodoh..konteksnya lebih luas dari itu..so, jgn limitkan fikiran kita yg solat ni dibuat semata2 sebab jodoh..padahal sgt sesuai juga dalam hal2 lain, contohnya rezeki, masalah keluarga, masalah study (kot2 kita ada byk method, tp xtau nak guna yg mana) n macam2 lagi..

dan juga tidak ada dalil yg khusus untuk surah2 yg perlu di baca ketika solat istikharah..ape2 surah juga boleh..senang kan? =)

jgn lupe 2 rakaat sahaja ye..bole wat berulang2 kali..n don't expect kita akan mimpi (utk jawapan kepada istikharah kita)..kdg2 jawapan atau petunjuk yg Allah bagi dlm bentuk lain..ni bukan ak ckp ye..ni ak baca..pendapat2 org lagi bijak pandai..bole baca kat sini   berkaitan mimpi tidak bole dijadikan sandaran kepada jawapan yg di cari (awat berbelit2 je ayat ak nih..)

bole baca kat sini berkaitan dengan kepentingan dan waktu yang sesuai mengerjakan solat ini.

ini niat solat istikharah (seperti d entry yg lepas ya)



Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa solat istikharah



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". 

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

semua info2 berkaitan doa n niat amik dari sini

semoga perkongsian ilmu ini mendapat manfaatnya..amin..

ally: tiada istilah berputus asa..yang penting usaha kita disertai tawakal kepada Allah..

4 comments:

cerita-gadis-ini said...

bgs info ni...sian aku tgk dedek...

unguputih said...

bukan utk dedek je..untuk lain2 juga..hehe..hope yg terbaik diberikan Allah..=)

dedek said...

tq sally...=)

unguputih said...

most welcome dear

Post a Comment