Wednesday, April 14, 2010

selamat hari lahir abah

untuk abah tercinta..tersayang..terkasih..ape lagi ye...haaa...sume2 la ye...



selamat hari lahir abah yg ke 58 thn..

semoga sentiasa sihat, ceria n bahagia ngan kami semua...

terima kasih kerana menjadi abah yg terbaik + sempoi di dunia nih..

love u sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo much...

ally: mau celebrate besday abah ngan mak nt..hadiah pon dah beli...weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

update basi: off klang

okey..baik..disebabkan x bole2 nak upload pic ke klang kat FB..makanya menggunakan blog ini..hehe..(fb giler..giler..bengong...)..

ri sabtu, ak n famili g klang sempena (ewah..x bole blah..) majlis perkahwinan cousin huzai, hafiz..walau dlm keadaan tdk sihat, tetap menggagahkan diri drive ke sana (macam tau jln je..hehe)

sempat juga singgah di seremban R & R or lebih specific menjamu selera di shalala coffee..kami mmg bw bekal ns lemak, so, cuma beli air je la...giler punya x sedap kopi dia..sedap lagi kopi kat rengit coffee @ bpmall..tp hot choc dia sgt sedap..yummmy..pow aca pny hot choc..hihi





(kopi ku, kopi abah, buah2an n tomyam..hihi..picnic @ shalala)



(ayin yg semangat mkn ns lemak ngan tomyam..hihi..pelik2 je minah kesik nih)



(tu dia hot choc aca..sedap2..thumbs up)

(mak yg sgt x suka bergambo2..ni kene paksa ngan aca..hihi)



(abah ni penggemar kopi..komennya pada kopi shalala..sedap lagi kopi kat umah tu..kan betul, mmg x sedap..)



ni la pengantinnya..ak amik ms mlm berinai diorg nih..masa majlis esoknya lak, x amik pic pon..pasainya kitorg balik sebelum ketibaan pengantin..apepon, selamat pegantin baru korang..=)

ally: journey yg sgt penat..penat batuk..hehe..

Tuesday, April 6, 2010

end of class

fuuuhhhh...hari ni or let say minggu ni last class before study week n exam..

sgt2 lega even sgt byk juga report2 project n test2 yg perlu di tanda..

br je abis evaluate secara rambang project2 RP ni before ak tgk dgn lebih detail...

sedey juga coz pg td last clas..sob..sob..tah bila dpt jumpa diorg ni lg..hehe..emo la pulak..pasni mereka bakal menjalani latihan industri..so, i really hope the best for their career n future..amin...

eh, tp lupe lak td nak wish mereka2 ini gud luck in exam, presentation psm n upcoming practical...n lupa juga mau mohon maaf atas segala salah silap...(hei..diorg pon ada silap juga tau..x brape rajin dtg clas, mujur rajin dtg jumpa aku kalo x phm..so, bole la maafkan diorg nih)...

sebenonya ak x brape puas ati ngan project mereka..overall mmg ok, ti top punya..tp bila fabricate, size prototype tu punyala comei lote..mata ak ni mcm nak beliak2 kan bg nmpk..hehe..fabricate guna multijet machining..ermm..xpe la..pengajaran utk diri ku juga..mungkin ada mn2 bhgian yg ak tersilap pandang..so, nex time, if dpt ajar subject ni lagi, bole la alert..

ni la project diorg..kecik yg amat sgt..





yg ni pulak, sy bersama2 mereka..hehe...









hehe..yg ni lak sy ngah bubbling pasai size kecik sgt..



ally: seronok ajar clas nih..even byk juga yg ak x mahir..tp dgn mengajar, kita akan jd lebih mahir..=)

Sunday, April 4, 2010

gelodak jiwa

uish..hari ni isi petitions yg jauharah n team wat..

semoga suara kami di dengari juga dipertimbangkan..amin..

petition

dan ini

surat rasmi

xtau la kalo2 blog aku ni di baca oleh tutor2 or felo2 dr mn2 u..so..kalo la ada, tlg sign petition ni ya..

ally: sakit kepala..kunci opis ilang, kunci drawer ilang..ssh ati...

Tuesday, March 30, 2010

majlis2 2010 or 2011

oooowww...xpasti nak letak entry nih kat mana..haha..samada di blog ini or the other half..tp utk kwn2 yg mengenali secara physicalnya (tah ape tah ko ni sal..ayat carca marba..hehe), sgt menghargai jikalau kalian dpt memberitahu tarikh2 penting (konvo, kahwin, tng, etc) kepada diriku..dgn semangatnya mahu menghadirinya..hehe..

graduations


engagements


weddings


setakat yg sy igt, ada gak yg dah gtau..tp lupe..haha..teruk betul memory ku..

3 April 2010-Adrian +Wahdah @ klang- both are tutor..colleague ku

4 April 2010-Azali @ bt pht-colleague juga

11 April 2010- Hafiz @ klang- cousin huzai

1 Mei 2010- Tole solemnization @ jb- cousin ku

21 Mei 2010- shazzy graduation day-dwn sri budiman

28 Mei 2010- Haslina & Syukri @ kelantan- colleague @ bestfren

30 Mei 2010- Tole reception @ bt pht- my cousin

5 Jun 2010- kak mas @ kelantan- must attend..hehe..i am the bridemaids..yiha..

5 Jun 2010- kak umi @ perak- ni x dpt la nak attend..dah g kenduri kak mas..mn sempat nak rushing g perak lak..

13 Jun 2010- adala..lom leh reveal

14 Jun 2010- same person as above & pee solemnization, tp ni kat umah zah..

15 Jun 2010- pee @ kelantan- InsyaAllah will attend..sape nak join ak nih..kene g solo2 nih..

19 Jun 2010- kak mas reception @ bt pht-ni musti gi..lgpon dkt je..tp xtau jln gak ak nih..pengapit gak ke? hehe..x kot..kak mas x ckp lak..dah ada yg jd pengapit kot ms nih

*****itu je la yg ak leh list down psl cuma ni je yg ak tau..hehe..n for sure la ak di jemput..eceh perasaan sggh..so, if ada kwn2 lain yg ak xtau n nak jemput diriku ini, sila la bgtau sy ye..

ally: mau start beli hadiah khwn byk2...tahun ni tahun meriah ngan majlis2..

Sunday, March 28, 2010

durian belanda

br baca emel2 kat FKMP inbox..n dpt info ni yg di forward oleh dr anika

mengenai durian belanda-penawar kanser..

xtau betul ke x..tp info ni sgt penting utk ak..sebagai satu usaha utk kesihatan mak, mak saudara n juga atuk...

Ya Allah, berikanla kesihatan kepada mereka2 yg ku sayang, juga kepada diriku agar ak tabah menghadapinya...amin..amin...

durian belanda



pic credit to here

Durian Belanda atau Soursop , buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
 
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah  dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan  “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!


3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
 
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! 
  
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
 
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
 
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
 
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
 
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
 
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
 
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
 
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
 
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
 
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.  Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.


ally: mungkin betul..sekarang ngah mencari info2 kesihatan berkenaan durian belanda..kebetulan, kat umah ak mmg ada tanam buah ni..

Thursday, March 25, 2010

meeting



ermm..kol 3 ada dept meeting..hish...nex week pon sama..meeting memanjang..leh x wat muka cenggini..

hehe..mau kene sound baik punya ngan bos nt..hehe...

erm...`bosan2..

tp..

nm pon keje...

ally: ada ke org suka g meeting?