Friday, August 14, 2009

rahsia waktu solat

baru berpeluang membaca emel2 tertunggak yang lom sempat ak baca..disebabkan oleh tension nye mengisi borang2 study leave ni, so, ak memutuskan untuk merelaxkan diri..haha..actually, mmg seharian merelaxkan diri nih..ape nak wat..borg br je siap tulis, br siap tampal2 pix. tp nye CV svsr ku lom siap lg..terpaksa la daku menunda lagi penghantaran borg ini..eemmm

so, this kind of information, i got it from my dear sister, kak mas.

sila la membaca, informasi yang berguna untuk saya dan juga kamu semua..ewah..(ayat2 biasa guna dalam kelas)..

Jangan lenggahkan solat .......banyak yang kita akan kerugian...


Sesungguhnya Allah sbw amat mengasihi umatNya dan memberi banyak kelebihan kepada Muslimin Muslimat , hanya kita yang leka & lalai.


Bayangkan kalau khasiat" ini diketahui oleh orang-orang Yahudi atau Nasrani, ataupun Kafir Laknatullah!


Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim.


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .



ally: ak cuma manusia biasa

mawar merah

Subhanallah....semoga kita sentiasa beringat hendaknya...

image001

AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! GAMBAR INI
DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK
DILANGIT YG PECAH... DLM BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN
LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN
ISLAM..........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;


"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH
LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" ***


AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT
BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA
KEDUNIAAN...................PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN
AKHIRAT................... DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN....


Wassalam...

ally: ALLAH maha ESA

Wednesday, August 12, 2009

camtasia

sgt seronok...baru je balik dr training software camtasia

software yg bole membantu ak menjadikan proses P & P berjalan dengan lebih fun & exciting..haha..siap berangan nak bg virtual lecture je..sgt seronok..leh la explore2 lagi..nanti leh share2 ngan sume teman2 pendidik..sgt bgs especially untuk children..diorg pasti teruja la nak masuk clas..cm ak ni yg lom expert, dok terkial2 gak la..tp everything is just fine..pe salahnya, learning is never ending..

so, pada sape2 yg lepas surf website camtasia ni n nak softwarenya or nak notes2 nya, leh r minta kat ak..kita bole share..x rugi wo..

ally: ari nak ujan lak..kene balik ni..payung ku tertinggal di automation lab...hua..berhujan la gamaknya..

Tuesday, August 11, 2009

mood super duper happy







ally:hari ini saya dlm mood super...super..super...duper happy..having a great conversation with my wasim..many thanks!

Monday, August 10, 2009

oh student ku

ri ni memang silent lecture..haha...ye la, sekarang ni semua org berisiko untuk dijankiti H1N1. ak pon x terkecuali la...emmmm...sgt penat ri ni, tulis2 nota, explain dgn suara yg agak kuat sebabnya bermask. haih, igt nak wat silent lec, tp nye semua nya x phm..kene la gak explain..pastu dapat tau, sorg student international ni kene kuarantin. n dia sudah di sahkan meghidapi H1N1..padan la dah 1 week x masuk kelas. patutnya pihak penurusan inform le kat ak. kampus ni pon bukan beso mn. kompem nye la leh gtau. melalui emel pon xpe. ni x, ak dok tertanya2 je..n ada sorang lagi, si K ni. masuk lambat..jwpn kwn2 'on the way'. asyik 'on the way' je, jauh beno perjalanan dia nak pi kelas. pastu tah bl tah masuknya, tetiba je dah ada si K ni. ke ak ni yg khusyuk sgt membebel bla bla kat depan sampai x perasan dia masuk?

hehe...maybe..so, berkenaan dgn H1N1 ni, ak harap tiada kwn2 rapat mahupun family2 ku yang terkena. riso beb...angka kematian pon makin meningkat..jd wajar la kita take precaution...

sempat gak la pesan kat depa2 ni supaya sentiasa menjaga kebersihan diri, pakai mask n x lupa tawakal kepada Allah..

semoga kita akan sentiasa dilindungi..mudah-mudahan..

semoga students2 ku (grup PLC n EP) yg di kuarantin itu akan cepat recover..aminnnnn

ally: wanna to meet you guys on our nex classes

from some1

rose

Sweet things are easy 2 buy,
But sweet people are difficult to find.
Life ends when u stop dreaming,

hope ends when u stop believing,
Love ends when u stop caring,
Friendship ends when u stop sharing.
So share this with whom ever u

consider a friend.



To love without condition...
To talk without intention...
To give without reason...
And to care without expectation. .

..is the heart of a true Friend..

ally: thanks my dear wasim...hehe

cuti...cuti..

cuti...cuti..

students je cuti..staf kene keje ye..hai, bersemangat sggh nak bercuti..siap diawalkan dr schedule asal lagi...padan la muka kami2 yg kene wat kelas ganti..haih...xpe la...demi kesihatan n keselamatan sume org...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan Universiti telah bersetuju Cuti Pertengahan Semester bagi Semester Pertama Sesi 2009/2010 yang sepatutnya bermula pada 17 Ogos 2009 sehingga 23 Ogos 2009 mengikut kalendar Akademik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah diawalkan bermula pada 12 Ogos 2009 (Hari Rabu) sehingga 23 Ogos 2009 (Hari Ahad).  Ini bermakna Cuti Pertengahan Semester diawalkan 3 (tiga) hari daripada jadual asal dan kuliah akan digantikan selepas Cuti Pertengahan Semester ini.



2.       Mempercepatkan Cuti Pertengahan Semester ini adalah sebagai langkah untuk membendung dan mengawal penularan virus selsema babi (HIN1) di Universiti ini.



Sekian untuk makluman dan perhatian semua staf dan mahasiswa/i.  Terima kasih.



ally: gue ada masa untuk settle kan prosedur2 cuti blaja..chaiyok2..