Monday, May 25, 2009

hectic week...surat senat nye pasal

dari hari rabu (20/05/2009) dah berserabut hidup ak ni. ptg2 dlm kol 6.30 ptg, pendaftar uthm call. minta surat senat dari uitm yang menyatakan ak bakal konvo n bla..bla...bla...

tensen weh. surat tu pasal nak kuarkan new offer letter for tutoring position. yang melayakkan ak utk biasiswa staff. haih..sakit ati tol. nak reg 1 hb time ak konvo lak tu. tp di sebabkan ak sudah melalui pelbagai kisah suka duka, maka menabahkan hati g s.a even keje2 ak melambak2 n meminta2 disiapkan.

hari khamis (21/09/2009), ak g s.a kol 8 pagi dr BP. sampai dlm kol 11.30.dedek amik la...cian minah tu..menyusahkan dia..hehe..terus g faculty. punyalah baik layanan diorg ni sampai wat ak x nak dtg lagi ke sini. tup..tup...suratnye tu leh siap ri jumaat, esk nya la tu..haih...ak ni dah la byk keje..nak progress project laie..sakit...sakit...

hari jumaat (22/09/2009)..pagi2 g fac laie. kali ni berurusan ngan staf yg knnya cuti semalam.. nak marah2 ak lak bl ak tny bl surat leh siap. dia kata kol2 lak. lor...bl ak nak lik jhr nih...bl dtg balik kol 2, hampeh, opis pon x buka laie. janji melayu. mujur la dedek biasa ngan tempat ni, leh la dia menyeludup masuk amik kan surat ak tu.the rushing pi fax lak. otw g sg congkak, pendaftar uthm call lg. katanya bukan surat tu yg diorang nak...lor..sakitnya hati ku ini...then, kene la stay lagi kat umah dedek. ak bukannya ape, ngan keje yg byk, baju bw 2 helai je...numpang umah org lg...adus...harap ri isnin nt, sume urusan ak selesai. xkan nak dok sini sampai konvo. klu camtu baik ak bg pas konvo je...ape la pendaftar ni..btl la org kata, leceh berurusan ngan pendaftar ni.

 hoho...nanti ku update laie ye..nak p berborak2 nih..hehe..ira baru sampai la kt kan..

ally: penat..penat...sedih...sedih....

Tuesday, May 19, 2009

anak raja petra

semalam masa sesi menonton berite, ak tertarik ngan 1 brite ni. pasal anak raja petra. siapa lak raja petra nih?dia ni la yg ditangkap under ISA pasal fitnah2 dalam blog nye. yg mengaitkan isteri PM kite ngan pembunuhan altantuya..kononnya si isteri ni berada di lokasi kejadian (lokasi pembunuhan altantuya)..kes pon dah selesai...dah jatuh hukum pon. benar atau tidak dakwaannye tu, WA...hanya Allah yang tahu.

dulu ayah ditahan...sekarang anaknya pulak.
SHAH ALAM: Anak penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin, Raja Azman, 33, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, terhadap empat tuduhan mencuri dan memiliki harta curi, antara April hingga Mei lalu.

Majistret Norkamilah Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,500 bagi semua tuduhan itu dan menetapkan 19 Jun ini sebagai tarikh hukuman.

Tertuduh, Raja Azman yang beralamat di No 5, Jalan BRP 5/5 Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dituduh mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, seutas jam tangan jenis Seiko dan satu rangkai kunci motosikal yang semuanya dianggarkan bernilai RM3,850 daripada kediaman seorang pelajar, Saiful Adli Mohamad Yunus, 21, di No 16, Jalan Sastera U2/1K, Seksyen U2, Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi pada 24 April lalu.

Raja Azman didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Dia juga mengaku salah terhadap tuduhan memiliki harta curi, iaitu motosikal Yamaha 135 LC bernombor pendaftaran NBT7332 bernilai RM6,000 milik pelajar, Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, di Nombor 3, Tingkat 1, Blok 1, Apartmen Kinrara Court, Puchong, kira-kira jam 10.40 malam, 5 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 kanun yang sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Tertuduh turut dituduh memecah masuk rumah pekerja kilang, Mohd Syaiful Setapa, 24, dan mencuri beg duit yang mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad mesin juruwang automatik (ATM) Maybank dan BSN serta lesen memandu kepunyaan mangsa dan mencuri sebuah motosikal Yamaha RXZ dengan nombor pendaftaran BJQ9597.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 457 kanun sama, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda manakala dakwaan mengikut Seksyen 379A kanun sama, boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

ally: ak sebagai pemerhati politik..haha

Monday, May 18, 2009

1 pertemuan + rutin

pagi ni ak disapa oleh 'seseorang'...mmg x sangka dia kenal ak lagi..hoho...junior ak time sekolah dulu. batch 2003. named as noni. ak pon terkejut bl dia tny ak dulu sekolah mn. sains johor? yup. that is my former school. sekolah yg ak mau lupekan daripada memori ak. byk pahit dr manisnya..tp kdg rindu, kdg x nak di labelkan pnh blaja di sekolah tu. knp? soal nya hati sape lah yg tahu. tapi tanpa sek tu x mungkin la ak berada pada thp sekarang. belom bole di katakan berjaya, tp ak bangga perubahan ak sekarang ke arah positif.

smsj

seronok berbual ngan noni. sekurang2nya, ada gak yg masih igt n kenal ak...(hoho...kagum betul la ngan dia. ingatan cukup kuat)..kalau tny ak la, sumpah mmg ak x kan igt. sedangkan batch sendiri pon ade yg ak x knl, apetah lagi ngan jr2 ak. adoi!

noni baru abis degree. la ni sibuk nak prac kat jkr bt pht. dia teman kwn dia ke bilik ak coz nak tumpang print. hehe...harta menda uthm ni, x kisah la sape guna pon.. bukan kene byr..untungnya uder supervision dr yusri ni. sume kalo bole dia nak provide. lagi2 for PG stdnt n RA dia. ye la, kite pon kalo nak buat keje bio sume lengkap. kekurangan tu kalo bole di minima kan.

budak2 bijak la ni, dr matriks gaknya. coz amik 4 yr. ok la tu. tp amik diploma dulu pon, not bad kan? lg pon bukan sume dak2 matriks ni dapat wat course yg diorg nak wat. no hal la. taraf nye sama je...xde la kt dak dip lg 'kureng' dr matriks. cume perjalanan stdy dak matriks lebih cepat berbanding dak dip.

sudah merepek dah ak ni...hehe..

td ada yg tny ape rutin harian ak? check the list


  1. bgn tdo n sume2 la yg sepatutnya dibuat subuh2 tu

  2. siap2kan bekal/makanan b4 g kampus

  3. sampai kat kampus-set up laptop

  4. g breakfast if x sempat b/f kat umah

  5. check jadual 'to-do-list'

  6. check emel/frenster

  7. update blog (uish, x effective tol ak ni..addicted to write la)

  8. wat keje (critical review, prosedur, design2.....n sume2 keje dlm list)

  9. lunch-kalo lapo gi la. but if taken heavy b/f, so xde la lunch.

  10. solat time

  11. sambung2 keje...sambil2 kaco2 faizal n kak diana wat program visual basic Step-NC

  12. balik-usually balik time around 4-5 pm

  13. makan lagi-coz malam mmg dah x makan..(kononnya nak diet la)

  14. prepare if nak wat kek or kuih-prepare je bahan2, biasanya mlm baru wat

  15. masakkan lauk mak-less oily plizz

  16. prepare ubat-bg mak mkn

  17. check keje sek ayin+tgk brite+bc malay paper

  18. tgk tv kal ade citer besh

  19. tdo around kol 11-12

  20. bgn pagi-study time. ni ikut keperluan n kerajinan ak



itu la rutin ku..walau kdg2 benda yg sama yg ak wat. but every single day is precious time...

ally: teringin nak perabihkan tgk film2 terminator b4 going to watch the upcoming 1..i love it..

Sunday, May 17, 2009

hijau pulak









semalam pi shopping kat BP..niat di hati nak g beli baju batik abah..nak matching kan ngan baju mak la kononnya..survey2 kaler pink (pink?abah nak pakai kaler pink?...hehe)..kaler baju mak is pinky..baju yg kak miza belikan. lama dah beli, cuma x wat lagi coz xtau nak pakai g mana. so, kesempatan nak attend konvo ku ini, baju tu pon dibuat. x le jd penunggu setia gobok tu. tp kan, last2 bj pink abah tu x muat lak. x leh nak sorok perut (hehe...kene diet abah ni).

g survey lagi...tersangkut lak kat baju oren (waaa...sama ngan baju ak la pulak...ak sedondon ngan abah...)..disebabkan nak sedondon ngan mak, jd beli la baju mak sekali. mmg sama kaler, cuma corak je yg lain. la pulak, tema kene tkr ni. hijau la pulak...



greeny

Tuesday, May 12, 2009

smiley


Smile



hehe...smiling time guys..


ak cume terpikir mampukah seseorang itu tersenyum kala bersedih?Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'.


seronoknye kalo bole tersenyum dengan seikhlas hati..emmmm


hari ni ak mendapat perkhabaran baik...harap2 menjadi kenyataan...tunggu dan lihat je la nt..mudah2an dengan izin Allah...amin


so, ada topik menarik pasal senyum..15 topik atau bole di katakan info menarik...


senyum



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.


15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.



kenapa ek?

sejak semalam ak try buka frenster pny blog, tp nape tah ek.tetiba missing lak dr profile ak. adoi..gapo jd cam tu nih. br pas updated progress lagi pd dr yusri..ada 1 perkhabaran baik yg insya'allah akan berlaku pada bulan 6 ni..hehe...can't wait for it. semogan hala tuju ak selepas ini akan lebih terjamin. amin..amin...

baru je wat short discussion ngan student PSM ak. anak sedara dr saidin (co-supervisor ku). ok a dia tu..ak bg input2 ni kalo dia x baca n study mmg nak kene la. dia diharapkan dapat meringankan beban ku membuat keje2 lab sem depan. hehe..hope bole la di harap.

ri ni ak tgk ramai betul student kat sii. ada ape ek? so, selaku mami jarum, ak perlu menyiasatnye..hehe..

Monday, May 11, 2009

kawan baru

hehe...xtau lak ri ni ada RA baru reg..sonoknye...akhirnya ada gak ak kwn sebilik..kalo x dikelilingi kaum2 adam je kat bilik ni. tp xde lak ak jd pemalu..hehe..ala, diorg sume amik Phd wo.kagum tol ak. leh la bg ak guide ckit.

so, back to the story, RA baru ni pon under supervision Dr Yusri. no hal la. namanya kak diana (suppose to call her kakak), former engineer kat sharp roxy pt raja. br amik scheme vss. masa dia keje dulu dia purely in IT engineering. tetiba lak tersgkt jd RA kat mechy. jgn riso kak, kak zakiyah, faizal feel free to guide you. ak?hehe..x leh la nak guide. depa sume tu RA tok bidang step-NC beb. i ni kan bidang biomedical. jauh tu...

to kak diana, selamat bertugas ye...tabahkan hati ngan kite yg suke berceloteh ni ye..hehe..

ally: peace..terasa muda pulak