Monday, May 11, 2009

solat...solat

hehe...baru lik dr jupe svsr ni. update progress beb..pastu staf kat situ en saiful bg note n exercises pasal endnotes..n x lupe gak this stry..hai, lawak2...report kat dr y nt br tau. opis time wat keje lain ye..hehe

let the story begin:

p/s: ini cume sekadar renungan ye...peace!
Pak Kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang. Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah. Seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat.

Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.”yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan. Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak Kasim takbir.. Seman ikut takbir… lalu Pak Kasim membaca surah alfatihah..”bismillahirrahmanirrahim…”
Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang…”bismillahirrahmanirrahim…”


Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati Pak Kasim..Pak Kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. Pak Kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman.

Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim.
“ish! gila ke menantu aku ni??” Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.
Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.


Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman.”Seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau.sampai kena berlari..”




Sunday, May 10, 2009

untuk emak

even mak x baca blog ni..hehe..lom bgtau dia lagi pasal blog ni, namun dia bukan la seorg yg xtau menggunakan internet tau. selalu gak dia gune internet utk check emel company. mcm s/u lak. hehe..walau ape pun, saya tetap sayang mak saya..hehe..semoga mak sentiasa sihat n dirahmati Allah..amin

mak yg saya sayang: ESAH BINTI TUMIN

Love you so much...mmmuahhh...mmmuaaahh...

for u mum

ally: pic mak x bawa lak...update nt la ye

pisang dan hati

bebencian x kan hilang selagi kiter x blaja cara untuk memaafkan mereka.. jdlah seseorang yang lembut hatinya, mudah memaafkan dan yang paling penting elakkan dendam kerana ia hanya memakan diri kiter. wat penat jer duk sakit2 hati nie.. hepi2 slalu n tomei slalu.

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.



Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.







ally: masih blaja meminta maaf & memaafkan







psst: amik entry ni dr aliff

untuk mu para ANAK

otak ngah buntu la ni. dok cari idea2 nak proceed research ni..x tau la nape rs penat sgt. betul kot kata dr yusri, kite kene lari sekejap dr rutin biasa kite. mana tau dalam pada kite 'rest' tu, kite dapat new idea. hoho...macam dah terlebih rest je ak ni. hehe..wallahualam..

check out this 'santapan rohani'...originally taken from here


http://www.kembarasanghamba.blogspot.com/

SELAMAT HARI IBU...=)

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang .. ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma.. ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah.. ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk.. ibu


Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada .. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!“
Bila sakit, orang paling risau adalah .. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu


Tapi bila dah KAHWIN...

Aku ada pasangan hidup sendiri!
Bila seronok… aku cari pasanganku
Tapi bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Tapi bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Tapi bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Tapi bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut hari ulang tahun perkahwinan… Aku hadiahkan bunga pada
pasanganku
Tapi bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan ‘Selamat
Hari Ibu’
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan telefon pasanganku
Entah bila.. aku nak telefon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Wednesday, May 6, 2009

siti

'Siti', S.I.T.I, Siti, nama itu sentiasa meniti dibibir setiap lelaki jantan di kampung aku. Aku juga sudah hafal nama itu, sudah hafal rupa gadis itu, dan dah beribu kali aku "berdating" dengan Siti dalam mimpiku. Nama itu jugalah yang telah menjadikan tiga orang sahabat sejati, iaitu Aku, Tapa dan Bidin angau. Antara Bidin, Tapa dan aku dah tak bertegur sapa lagi. Masing-masing bawa hal sendiri.

Semuanya kerana kehadiran pembantu kedai makan Pak Dol yang cun itu, Siti Nurhaleeda. Bahkan bukan tiga sahabat itu saja, malah hampir kesemua orang kampung tak nak bertegur kerana melayan perasaan terhadap Siti. Begitulah bertuahnya Siti. Lenggok Siti dipandang, body Siti tak puas mata memandang. Bagi kaum ibu pula merasa runsing dengan kehadiran Siti. Mereka takut bermadukan Siti. Maka tak kuranglah pula suri rumah yang mula pasang badan semula untuk menambat kembali hati suami mereka. Suami pula dilayan sebaik mungkin agar suami lekat di rumah. Kalau boleh gam cap gajah nak dilekatkan dibuntut suami agar suami tak keluar rumah.

Begitulah kesannya tentang kehadiran Siti. Sehinggalah suatu hari, seorang lelaki berbadan sasa datang kekampung, di warong pak Dol, ia terhenti. Mungkin dia terpegun dengan suasana dalam kedai yang penuh dengan umat manusia laksana ada kenduri. Aku pada ketika itu sedang menikmati Kopi O yang dihantar oleh buah hatiku, Siti. Kalau boleh nak ku habiskan sekali tegok saja, tapi apakan daya kopi tu panas. kalau tak, bolehlah aku order lagi sambil menatap wajah ayu Siti."Boleh aku duduk sini?" lelaki itu bertanya kepadaku. "Silakan " jawabku ringkas sambil menjeling kepada pemuda tersebut. kalau nak banding dengan aku, ternyata dia lebih hansem dan macho dari aku.

"Saudara nak minum apa?" aku bertindak sebagai pelayan pula, takut aku nanti kalau Siti datang menanya dia tergoda pulak dengan kehenseman pemuda tersebut. "Teh Tarik" jawab pemuda itu ringkas. Aku bergegas mencari Siti di dapur untuk menyatakan hajat pemuda itu nak minum air teh. Pemuda itu memperkenalkan dirinya sebagai Adika dan menceritakan tujuannya datang kekampung ini iaitu untuk mencari adiknya. Belum pun sempat aku menanya tentang adik Adika, Siti datang melenggok menghantar teh. Kelihatan Siti agak terkejut memandang Adika dan cawah teh jatuh berderai ke lantai. "Ooooo, sini ko rupanya, "Jerkah Adika. Siti terketar melarikan diri ke dapur. Orang ramai pula tertumpu ke meja aku dan Adika. Ada yang memandang tak berkedip mata kearah Adika dan ada yang menggenggam penumbuk. Maklumlah buah hati di usik orang. Masing-masing nak tunjuk hero.

Adika menenangkan keadaan dan berkata yang Siti itu adalah adiknya. Aku tersenyum bangga kerana akulah lelaki pertama berkenalan dengan abang Siti, mesti saham aku naik. Tapa dan Bidin memandang kearah aku, mungkin sedikit kecewa kerana aku mendahului mereka mengenali abang Siti. Tanpa segan silu aku membahasakan diri sebagai adik dan memanggil Adika abang dan menyatakan hasrat aku untuk menyunting Siti. Jawapan ringkas dari Adika ini membuatkan aku rasa bagai dihempap pokok ketapang, malah aku yakin seluruh penduduk kampung lelaki berperasaan demikian.

"Ko nak jadi umat nabi Luth ker? Siti tu sebenornya jantan, nama dia Leman, tapi suka jadi pompuan".

Begitulah kata kata keramat yang mempunyai unsur sihir yang menyebabkan semua penduduk kampung seakan menjadi batu. Semuanya terkedu, semua harapan hancur bagai kaca terhempas ke batu!

Tuesday, May 5, 2009

rumput story

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI


(amik dr emel gak..x pasti sape yg send coz lama dah ak save dalam lappy...)




Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus
buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya.
Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.
Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang
berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.
Maka sayangilah orang yang berada di
depan kita dengan tulus dan ikhlas.

kasih & sayang

UNTUK RENUNGAN BERSAMA.


(dapat dr emel..lp lak sape yg bagi. Mmg simpan dalam lappy utk mengingatkan ak erti kasih sayang)



Suatu  hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal.  Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat  menampung  sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam  orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain.

Ketika  asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee  dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami  isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun.
Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam.  Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari  penyakit dan sedang menarik  hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang2 seperti  angka satu dengan warna kuning kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang  mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya. Pasangan itu  sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti makan mee itu  merupakan perayaan menyambut kesembuhannya. Ketika mee sudah sampai keluarga  tersebut makan dengan lahapnya.

Keadaan tersebut tidak berlaku bagi kami  semua terkecuali teman saya. Bagi kami berlima (termasuk saya) keadaan tersebut  merupakan bencana dan penyiksaan. Bayangkan, bagaimana rasanya makan mee dengan  mencium satu keluarga yang bau badannya tidak enak. Belum lagi melihat dan  mendengar hingus yang ditarik keluar masuk dan sesekali dibersihkan oleh ibunya.  Setiap kali menyuap mee ke mulut sambil menghirup kuahnya, rasanya seperti  hingus telah tercampur dengan makanan dan membuat selera makan hilang. Tidak  beberapa lama kemudian, keempat kawan yang duduk semeja dengan kami meninggalkan  meja satu persatu- tanpa menghabiskan makanan.  Melihat ini ada rasa  kepahitan yang terpancar di wajah keluarga muda itu, seperti rasa rendah diri  dan terasing melihat sikap saya dan empat lainnya. Tetapi itu tidak lama,   terutama ketika mereka melihat teman saya, keceriaan mereka pulih kembali. Teman  saya tetap menikmati mee tanpa mengendahkan orang lain. Seolah-olah tidak ada  bau di sekitarnya dan tidak ada bunyi hingus. Saya juga terpaksa berpura2 tidak  endah dan terus menghabiskan mee kerana mahu menghormati teman saya yang belanja  saya makan. Selesai makan, kami masih duduk dua puluh minit sebelum meninggalkan  kedai makan. Saya pelik dengan  teman saya yang luar biasa. Biasanya  setelah makan, dia hanya duduk paling lama sepuluh minit. Sekali lagi saya  terpaksa menemani teman saya dengan perasaan yang sangat jengkel.

Akhirnya kami keluar meninggalkan kedai dan keluarga muda, saya merasa  lega. Dalam perjalanan pulang, teman saya mengatakan dia sangat terganggu duduk  berhampiran keluarga tersebut. Ia merasa ada bau dan terganggu dengan bunyi  hingus anaknya itu. Dia juga merasa  seperti apa yang saya rasakan.

Teman saya juga mengatakan, jika dia meninggalkan keluarga tersebut  ketika mereka bergembira, keluarga itu akan merasa terpukul, tidak berharga,  terasing dan putus asa. Si suami sedang memberi yang terbaik bagi keluarganya.  Mereka bersukacita merayakan kesembuhan anaknya. Si suami telah mengeluarkan  wang yang bagi mereka cukup mahal dari hasil kerja keras hanya untuk memberikan  yang terbaik bagi keluarganya. Wang itu tidak begitu banyak untuk ukuran kami  tetapi tidak bagi keluarga itu.

Saya sangat terkejut mendengar  kata kata teman saya. Dan tidak menyangka teman saya telah melakukan sesuatu  yang luar biasa bagi keluarga itu. Dengan caranya yang berbeza - bertahan makan  mee sampai habis dan menunggu dua puluh minit setelah makan, telah memberi  semangat baru bagi keluarga itu. Saya teringat bagaimana rasa kepahitan, rendah  diri dan terasing di wajah kedua suami isteri itu ketika melihat pelanggan yang  lain meninggalkan meja tanpa menghabiskan makanan dan melihat tingkah saya. Saya  juga teringat bagaimana pasangan ini kembali ceria begitu melihat sikap teman  saya yang tidak kisah.

Pertama kali dalam hidup ini, saya menyedari  bagaimana utk mengasihi sesama manusia tanpa mengatakannya benar-benar tidak  mustahil. Teman saya dapat menunjukkan kasih sayang kepada sesama saudara tanpa  perkataan dalam waktu sesingkat itu. Cukup hanya dengan meneruskan makan mee  sampai habis. Menunggu dua puluh minit setelah selesai makan. Yang terakhir  menahan rasa bau untuk menyempurnakan segalanya telah menunjukkan suatu  keajaiban kasih dan dilakukan oleh seorang teman. Ajaib bagaimana teman saya  menegur saya tanpa mengatakan sesuatu. Dia tidak menuduh  tetapi  cukup  membuat saya rasa sangat  terpukul dan malu tetapi tidak marah.  Saya kembali mengingatkan diri sendiri bagaimana selalunya kita mengatakan  mengasihi sesama manusia tetapi tidak pernah  melakukannya.

Ally thought: kadang2 dalam hidup ni kite terlepas pandang hal remeh temeh yg sebenarnya terlalu penting pada orang lain. Semoga ak menjadi insan yang lebih mengerti n lebih memahami..